Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Will Smith Rupanya Sudah Bercerai Dengan Isteri Sejak 2016

Pelakon popular, Will Smith rupanya sudah bercerai dengan isterinya, Jada Pinkett Smith sejak tahun 2016 namun dirahsiakan kepada umum.

Menurut laporan CNN, perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Jada malah sebelum ini mereka tidak memberitahu mengenai perpisahan mereka kepada umum kerana belum bersedia lagi.

“Kami masih cuba memikirkan antara kami berdua, bagaimana untuk berkongsikan perkara (penceraian ini),” katanya dalam temu bual bersama Hoda Kotb di Today Show.

Will Smith rupanya sudah bercerai

Artikel lain: Berbeza Pendapat, Ariana Grande & Suami Bercerai Selepas Dua Tahun

Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai rancangan untuk bercerai secara sah namun memilih jalan untuk berpisah secara baik tanpa sebarang alasan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Jada dan Smith telah berkahwin sejak 1997 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Terdahulu,  Smith pernah menampar penyampai Chris Rock selepas membuat jenaka tentang fizikal Jada yang botak ketika Oscar 2022.

Susulan insiden tersebut, Smith tidak dibenarkan menghadiri Anugerah Akademi selama 10 tahun dan pada 29 Mac, dia umum menarik diri daripada menjadi ahli Akademi Seni dan Sains Filem.

Sumber: CNN

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd