Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Didenda RM80,000, Ceroboh Tanah Kerajaan Tanam Durian

Seorang wanita dikenakan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen pada Isnin selepas mengaku bersalah kerana menduduki menamam durian di tanah milik kerajaan negeri tanpa kebenaran di kawasan Sungai Pertang, Mukim Gali, kira-kira dua tahun lalu.

Ceroboh tanah kerajaan

Memetik laporan Sinar Harian, Hakim Puan Noor Zaihan Mohamad Ali turut menetapkan hukuman penjara lapan bulan sekiranya tertuduh, Yong Lai Kien, 48, gagal membayar denda yang dikenakan.

Mengikut fakta kes, kesalahan itu dikesan susulan Ops Sekat Musang King yang dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) pada 9 Ogos 2024. Pemeriksaan mendapati tertuduh telah menduduki tanah kerajaan negeri tanpa sebarang kelulusan daripada pihak berkuasa negeri.

Ketika operasi dijalankan di Sungai Pertang, Mukim Gali, anggota penguat kuasa menemui sebuah rumah kebun serta kawasan tanaman durian yang sedang diusahakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh menggunakan dan menduduki tanah berkenaan tanpa mendapatkan kebenaran sah daripada kerajaan negeri, sekali gus membawa kepada tindakan pendakwaan.

Bagi kesalahan tersebut, Yong didakwa mengikut Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa UPNP, Muhammad Muqris Alif Zairiasdi dan Nurul Ain Wozzari, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Harris Mohan.

Dalam prosiding berkenaan, pihak pendakwaan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang tegas dan setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut pihak pendakwaan, pencerobohan tanah kerajaan bukan sahaja memberi kesan buruk terhadap struktur tanah di kawasan terbabit, malah menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hasil daripada bayaran permit dan kutipan tanah yang sepatutnya diperoleh.

Artikel lain: Ditanam Secara Haram, Lebih 3,000 Pokok Durian Musang King, IOI, D24 Ditebang

Mereka turut menegaskan bahawa hukuman berat yang diperuntukkan di bawah undang-undang mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam membanteras kegiatan pencerobohan tanah.

Kes berkenaan dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri menerusi Ops Sekat Musang King untuk mengekang aktiviti penerokaan dan pendudukan tanah kerajaan tanpa kebenaran, khususnya di daerah Raub yang sebelum ini dikenal pasti mempunyai beberapa kawasan pencerobohan bagi tujuan pertanian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Nik Amirulmumin Nik Min)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd