Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wajah Isteri Mirip Arwah Nurfisya, Lelaki Luah Simpati Kes Gadis Ditikam

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh, Kota Bharu baru-baru ini.

Menerusi aplikasi TikTok, difahamkan Haikal Irfanz tampil membuat perkongsian video selepas mereka dihujani tanda (tag) dan mesej daripada pengguna media sosial yang mendakwa terdapat persamaan pada raut wajah isterinya dengan mangsa.

Menurut Irfanz yang juga pencipta kandungan, dia pada awalnya tidak menyedari perkara itu sehinggalah dimaklumkan oleh netizen yang berulang kali ‘menyeru’ akaun miliknya dan isteri.

“Assalamualaikum, kami nak ucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Nurfisya binti Zulkifli atas kes yang baru-baru ini kami dengar. Kami pun tahu sebab ramai yang tag saya dan isteri, kata muka lebih kurang sama.
“Tak tahulah macam mana boleh nampak sama, tapi bila tengok, mungkin ada iras sedikit pada bahagian mata atau rupa. Apa pun, kami doakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya menerusi video tersebut pada Isnin.

Dalam masa yang sama, Haikal berkata dia dan isterinya turut berasa simpati dengan kejadian yang menimpa selain menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami nak ucapkan salam takziah, semoga ahli keluarga dan semua orang mendoakan. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
“Zaman sekarang macam-macam boleh jadi. Jadi jaga diri baik-baik. Kita pun tak tahu apa yang akan berlaku. Berhati-hati dekat luar sana,” ujarnya.

Terdahulu, Nurfisya, 19, yang juga penuntut sebuah kolej ditemukan meninggal dunia dengan 61 kesan tikaman di seluruh anggota badan dipercayai dibunuh dalam kereta sebelum mayatnya diletakkan di lokasi kejadian.

Setakat ini, dua remaja lelaki berusia 19 tahun direman seminggu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: TikTok @hkl.irfan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd