Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Virgoun Tetap Semangat Kerja Meski Terpalit Dengan Isu Curang

Penyanyi sensasi Indonesia, Virgoun tetap meneruskan kerja seperti biasa meskipun diri terpalit dengan kontroversi rumah tangga sehingga mengundang kecaman ramai.

Menurut laporan Detik Hot, peguam Virgoun iaitu Sandy Arifin mendedahkan anak guamnya itu berada di Jakarta untuk membuat persiapan persembahan di luar bandar.

View this post on Instagram

A post shared by V!RGOUN (@virgoun_)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalau tak silap dia masih lagi di Jakarta, dia akan keluar bandar untuk seketika kerana ada kerja yang perlu diselesaikan,” katanya.

Jelas Sandy lagi, Virgoun masih dalam keadaan sedih selepas apa yang berlaku memandangkan isu hubungan sulit yang telah disebarkan oleh isterinya, Inara Rusli.

Pun begitu, Virgoun perlu meneruskan kehidupan seperti biasa dan profesional terhadap kerjayanya sebagai seorang penggiat seni.

“Anak guam saya masih lagi bersedih tapi dia masih mahu berkerja seperti biasa,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Sandy mendedahkan Virgoun merindui anak-anaknya dan pelantun lagu Surat Cinta Untuk Starla itu akan memfailkan penceraian terhadap isteri pada minggu hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketika ini, dia juga merindui anak-anak dan memikirkan mereka. Keputusan untuk bercerai juga sukar buatnya namun proses perundangan perlu dilakukan. Kami akan failkan pada minggu hadapan,” jelasnya lagi.

Sekadar info, Virgoun dan Inara membina mahligai pada 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: Detik Hot (Pingkan Anggraini)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami yang kehilangan isteri pada tahun 2024 berkongsi rutin hariannya yang tetap setia menziarahi pusara arwah, malah mengakui masih sukar menerima pemergian insan...

Sosial

Peguam, Kamal Hisham Ja’afar tampil menjelaskan kedudukan sebenar penglibatannya dalam kes Rosmaini Raof yang kembali menjadi perhatian umum, selain menegaskan bahawa keputusan mahkamah adalah...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV diumumkan sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, sekali gus memastikan rakyat dapat menikmati liputan...

Sosial

Seorang penunggang p-hailing, Azim Haikal Noor Aziddin dilaporkan maut selepas dirempuh sebuah Proton X70 di Jalan 17/21, Petaling Jaya, Selasa, ketika sedang bekerja mencari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd