Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Nota Didakwa Milik Suspek Kes Tikam Sekolah, Luah Rindu Mahu Kembali Belajar

Beberapa keping nota yang dipercayai milik remaja perempuan berusia 15 tahun, yang juga suspek dalam kes tikaman di sebuah sekolah di Banting, mula tular di media sosial sejak insiden berkenaan berlaku pada Isnin.

Luahan perasaan suspek terhadap beberapa individu

Nota tersebut dipercayai mengandungi luahan perasaan suspek mengenai dirinya serta beberapa individu lain.

“Saya sangat sedih sebab psikiatri tidak benarkan saya ke sekolah.
“Saya nak pergi ke sekolah, belajar dengan kawan-kawan..ketawa dengan kawan-kawan,” tulisnya.

Menerusi tinjauan, nota berkenaan dikongsikan di beberapa akaun Threads, selain turut tular gambar kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipercayai milik suspek, rakaman video kejadian serta beberapa gambar yang dikaitkan dengan insiden itu.

Walau bagaimanapun, setakat ini pihak polis masih belum mengesahkan kesahihan nota yang tersebar di media sosial tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Isnin lalu, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga cedera di beberapa anggota badan selepas dipercayai ditikam menggunakan sebilah pisau di kawasan sekolah.

Suspek yang dikatakan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan kerana menjalani rawatan kesihatan dipercayai memasuki kawasan sekolah melalui laluan utama sebelum kejadian berlaku.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi dilaporkan berkata, suspek telah direman selama empat hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sumber: Thread
Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd