Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Buang Puntung Rokok, Kakitangan MBSA Berdepan Tindakan

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang didapati membuang puntung rokok dari kenderaan jabatan, susulan insiden tular baru-baru ini.

Menurut laporan Buletin TV3, Menterinya Nga Kor Ming berkata, selain dikenakan perintah khidmat masyarakat (PKM), individu terlibat juga akan berdepan tindakan disiplin jika siasatan membuktikan kesalahan tersebut.

Beliau berkata, pendekatan itu selari dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang tanpa mengira latar belakang.

“Tidak kira siapa dia yang membuang puntung rokok itu, sekiranya dia adalah kakitangan majlis bandaraya atau PBT (pihak berkuasa tempatan) bukan sahaja PKM malah tindakan disiplin juga wajib diambil kerana sebagai kakitangan PBT wajib menjadi contoh.
“Berani buat berani tanggung. Tangan yang mengotorkan juga tangan yang perlu membersihkan, ini adalah slogan kita. Oleh itu sekiranya didapati pekerja MBSA terbabit membuang puntung rokok itu, maka dia akan juga dikenakan tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Baru Cina Negeri Perak di Ipoh, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, MBSA memaklumkan pihaknya mengambil serius isu berkenaan termasuk mengingatkan larangan penggunaan kenderaan jabatan bagi tujuan peribadi.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, pelaksanaan PKM yang diperkenalkan tahun ini telah menyaksikan lebih 3,000 individu dikenakan tindakan setakat ini.

“Setakat ini kita sudah tangkap lebih 3,000 orang yang sedang beratur untuk bantu negara membersihkan jalan termasuk ibu mengandung. Minggu lalu ada seorang warga China sudah menjalani khidmat masyarakat.
“Sebab itu saya tegaskan sekali lagi bahawa semua orang setara di sisi undang-undang tidak kira kamu Tan Sri atau Datuk Seri, pekerja, kakitangan atau sesiapa sahaja pun kerana undang-undang sama dan adil kepada semua,” ujarnya.

PKM dilaksanakan sebagai sebahagian daripada penguatkuasaan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang berkuat kuasa mulai 1 Januari lalu.

Sumber: Buletin TV3 (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd