Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Lelaki Asal Myanmar Dakwa Miliki MyKad? JPN Buat Laporan Polis!

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui memiliki MyKad.

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, JPN memaklumkan laporan polis itu dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa, selain mengelakkan kekeliruan, spekulasi serta kegusaran awam susulan penularan video berkenaan.

Menurut JPN, pihaknya memandang serius sebarang dakwaan melibatkan pemilikan MyKad atau status kewarganegaraan seseorang individu.

Bagaimanapun, JPN menegaskan ia tidak boleh mengesahkan status kewarganegaraan seseorang atau mengambil tindakan lanjut hanya berdasarkan rakaman video tular di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebarang pengesahan hanya boleh dibuat melalui semakan rekod rasmi dan siasatan terperinci mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.
“Ketika ini, identiti sebenar individu berkenaan masih belum dapat dikenal pasti dan tiada maklumat lengkap yang boleh digunakan bagi tujuan pengesanan atau tindakan lanjut oleh JPN,” katanya dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, JPN memaklumkan pihaknya telah memohon kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan individu terbabit serta mengenal pasti identiti sebenar pemilik akaun yang menyebarkan video tersebut.

Dalam masa sama, kerjasama turut dimohon daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu mengesan sumber asal penyebaran kandungan berkenaan serta pihak yang terlibat.

JPN turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Berdasarkan maklumat, laporan polis berhubung video itu telah dibuat di Balai Presint 7, Putrajaya, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, sebuah akaun di TikTok memuat naik video seorang lelaki yang mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui memiliki MyKad.

Pemilik akaun berkenaan turut mempersoalkan status dokumen individu itu sama ada MyKad palsu, kad UNHCR, atau mungkin berlaku kekeliruan antara dokumen permit kerja dengan MyKad warganegara.

“Undang-undang ketat pihak berkuasa seperti JPN selalu menegaskan warga asing tidak boleh sewenang-wenangnya mendapatkan IC (MyKad) biru.
“Kalau betul dia ada IC, pihak Imigresen atau pihak berwajib perlu segera selidik isu ini supaya tidak menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat tempatan,” katanya dalam perkongsian video itu.

Sumber: FB Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd