Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Cubaan Seludup 31Kg Dadah Ke Nigeria Gagal! Polis Kesan Anak Wanita Warga Emas Yang Ditahan

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis Canadian Loud ke negara itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah menerima makluman daripada Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dadah Kebangsaan Nigeria (NDLEA) berhubung penahanan wanita terbabit.

Menurut beliau, JSJN turut membuka siasatan bagi mengesan anak suspek untuk dipanggil memberi keterangan.

“JSJN akan bekerjasama dengan negara berkaitan untuk melengkapkan siasatan termasuk pihak berkuasa Thailand,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang wanita berusia 63 tahun ditahan pihak berkuasa Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31kg dadah jenis Canadian Loud melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammed di Lagos.

Menurut laporan, suspek ditahan oleh NDLEA pada 17 Mei lalu sebaik tiba di terminal ketibaan lapangan terbang berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wanita yang berstatus warga Malaysia naturalisasi itu difahamkan menaiki penerbangan dari Thailand ke Nigeria melalui Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Artikel lain: Prabowo Jadi Perhatian Lagi, Mahu Bahasa Portugis Diajar Di Sekolah Indonesia

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai bergerak dari Malaysia ke Thailand sebelum meneruskan perjalanan ke Nigeria dengan membawa dua bagasi besar yang mengandungi bahan terlarang tersebut.

Ketika disoal siasat, wanita itu mendakwa perjalanan berkenaan ditaja oleh anak perempuannya dan dia berada di Thailand selama kira-kira dua minggu sebelum menerima bungkusan untuk dihantar ke Nigeria.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan pendedahan itu, polis kini mengesan anak suspek bagi membantu siasatan serta mengenal pasti rangkaian yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah berkenaan.

Sumber: Daily Post, Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd