Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Beradik Maut Jatuh Dari Tingkat 12 Pangsapuri

Dua kanak-kanak adik-beradik maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru, semalam.

Menurut laporan Utusan, dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa iaitu seorang kanak-kanak lelaki, 10, dan adik perempuannya, 8, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat tujuh bangunan tersebut.

Foto: Threads nurathirahaa

Menurut sumber, kanak-kanak perempuan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala kanak-kanak lelaki menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital.

Difahamkan, sebelum kejadian, kanak-kanak lelaki berkenaan dipercayai cuba menarik adik perempuannya yang sedang berpaut pada balkoni kediaman keluarga mereka di tingkat 12.

“Saya terdengar jeritan sebelum melihat orang ramai berkumpul. Memang terkejut apabila dimaklumkan mangsa adalah dua kanak-kanak yang juga adik-beradik jatuh dari tingkat 12,” katanya.

Foto: Threads queendenyna_ms

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung insiden itu dalam masa terdekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan (Mohamad Faizal Hashim)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd