Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Majlis Tema Bunian: Usahawan Terima Teguran, Sedia Bertemu Mufti Kelantan

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan hari jadi bertemakan bunian yang dianjurkannya baru-baru ini.

Farhana berkata, sesi memberi keterangan itu berlangsung kira-kira jam 1 tengah hari pada Selasa dengan menjelaskan secara terperinci perjalanan majlis berkenaan untuk dinilai pihak berkuasa agama.

Menurutnya, dia menghargai pendekatan JAHEAIK yang menjalankan siasatan terlebih dahulu tanpa membuat penilaian hanya berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial.

“Alhamdulillah jam 1 tengah hari tadi Cikna selesai bagi keterangan dekat JAHEAIK. Cikna cerita semua perjalanan majlis untuk dinilai pihak JAHEAIK.
“Cikna suka macam ni, panggil Cikna untuk siasat tanpa menilai dari video,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, semalam.

Dalam pada itu, Farhana berkata, pihak JAHEAIK turut menawarkan peluang untuk bertemu Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad bagi mendapatkan pandangan dan nasihat berhubung isu tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, pertemuan itu belum dapat diadakan memandangkan Mohamad Shukri  dilaporkan kurang sihat dan sedang bercuti sakit selama dua hari.

“Tadi pun staf JAHEAIK ada bertanya Cikna sama ada ingin berjumpa dengan Mufti Kelantan atau tidak untuk mendapatkan nasihat atau pandangan.
“Dengan berbesar hati Cikna cakap ya, tapi sayang Mufti Kelantan kita kurang sihat dan bercuti sakit dua hari.
“Insya-Allah bila Dato’ Mufti kita dah sihat, Cikna akan pergi berjumpa untuk ambil nasihat dan pandangan beliau,” ujarnya.

Mengulas kritikan yang diterima susulan kontroversi itu, Farhana berharap orang ramai tidak terus menghukum atau menghina dirinya seolah-olah melakukan kesalahan yang jelas bertentangan dengan syariat.

Dia berpandangan bahawa isu berkenaan menjadi pengajaran kepada semua pihak, khususnya mereka yang mungkin tidak mengetahui implikasi sesuatu perbuatan dari sudut agama.

“Yang mana masih lagi terus-terusan menghukum, menghina ibarat Cikna buat dosa terang-terangan macam minum arak, buat maksiat, berpakaian seksi tu berhentilah, sebab kita semua diuji.
“Kalau perkara ni Cikna tak buat, kita pun tak tahu perkara Cikna buat boleh jadi salah.
“Anggaplah ni satu pelajaran untuk kita semua. Cikna yakin ramai yang tak tahu, jadi bila perkara ni berlaku sama-sama kita belajar,” jelasnya lagi.

Farhana turut menjelaskan bahawa konsep seperti rumah hantu dan tema bunian bukan sesuatu yang asing dalam masyarakat kerana sering digunakan dalam pelbagai program dan acara sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, dia mengakui tidak pernah menyangka perkara tersebut boleh menimbulkan isu sehingga menjadi perhatian pihak berkuasa agama.

“Cikna boleh buat rumah hantu kat rumah pun sebab tak pernah dengar isu tentang rumah hantu tu salah.
“Kat sekolah pun ada rumah hantu dan di mana-mana ekspo di Kelantan pun ada rumah hantu.
“Ramai juga yang buat tema bunian sebelum ni, cuma bila tak viral tiada yang bagi pandangan,” katanya.

Dia bagaimanapun melihat kontroversi itu dari sudut positif kerana membuka ruang kepada masyarakat untuk memahami perkara yang mungkin telah menjadi kebiasaan tetapi perlu dinilai semula dari perspektif Islam.

“Jadi alhamdulillah bila benda ni viral, kita boleh belajar sesuatu yang dah terbiasa umat Islam buat untuk berhenti buat.
“Yang mana kecam, hina.. Cikna maafkan semua. Semoga kita semua tergolong dalam ahli syurga. Sekarang kita tunggu siasatan dari pihak JAHEAIK,” ujarnya.

Terdahulu, tular pelbagai video memaparkan majlis sambutan hari jadi yang menampilkan konsep ‘perkampungan bunian’ selain beberapa individu dilihat berpakaian menyerupai hantu seperti pocong, bunian dan watak-watak seram.

Sumber: Facebook Farhana Zahra

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd