Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Kereta Mewah Pandu Laju, Melulu Punca Nahas Simpang Renggam

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Kluang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek dipercayai memandu sebuah Mercedes-Benz A250 secara laju dan melulu dengan sebuah BMW 530e sebelum kemalangan berlaku.

“Pemandu Mercedes-Benz A250 yang dipercayai memandu secara laju dan melulu bersama pemandu BMW 530e yang terbabit dalam kemalangan telah ditangkap dan kenderaannya dirampas untuk siasatan.
“Ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 1.15 tengah hari ketika BMW 530e yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun dalam perjalanan dari arah Kluang menuju ke Simpang Renggam.

Katanya, kenderaan itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“BMW 530e terbabit telah melanggar empat buah kenderaan iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz yang sedang bergerak di laluan bertentangan.
“Selepas pelanggaran, BMW 530e terjatuh ke dalam gaung di seberang jalan,” ujarnya.

Bahrin berkata, kemalangan itu mengorbankan pemandu lelaki Toyota Vios, 36, isterinya, 33, seorang wanita, 73, serta seorang kanak-kanak perempuan, 10, yang masing-masing dipercayai ahli keluarga.

“Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
“Pemandu BMW 530e pula disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Dalam pada itu, dua kanak-kanak yang menaiki Perodua Alza masing-masing berusia 11 dan tujuh tahun mengalami kecederaan di kepala dan sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

“Pemandu Perodua Alza berusia 43 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki, manakala pemandu Proton Wira berusia 22 tahun cedera di bahagian mulut.
“Pemandu sebuah lagi Mercedes-Benz berusia 57 tahun pula mengalami kecederaan ringan di dada dan muka, sementara dua penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya.

Bahrin berkata, kes kemalangan maut itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu dan berbahaya.

Beliau berkata, suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) akta sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta tidak melebihi RM15,000.
“Polis menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” tambahnya lagi.

Sumber: Facebook Polis Daerah Kluang

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Nasional

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua parti dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya menghentikan segala bentuk aktiviti berkempen sebaik...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa seseorang pemimpin yang berbohong kepada rakyat bukan sahaja melakukan dosa, malah dianggap mengkhianati kepentingan negara. Pertahan pencapaian pentadbiran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd