Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tragis! Mayat 3 Beranak: Suami Isteri Dipenggal Kepala, Suspek Sudah Meninggal Dunia

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online.

Ketiga-tiga mereka ialah pasangan suami isteri, Zikri Abdul Rahman, 65, dan Suraya Man, 53, serta anak lelaki wanita tersebut Muhammad Shakir Zufayri Abdul Aziz, 29.

Mayat mereka ditemukan anggota polis selepas menerima maklumat daripada orang awam sekitar jam 12.30 tengah malam yang memaklumkan pasangan suami isteri yang menghuni rumah itu tidak kelihatan sejak tiga hari lalu, selain terhidu bau busuk dari kawasan rumah terbabit.

Foto: Media sosial

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati rumah tersebut berada dalam keadaan gelap dan pintunya berkunci dari dalam.

“Kita terpaksa memecah masuk ke dalam rumah sebelum menemui dua mayat di bahagian dapur. Mayat pasangan suami isteri itu dalam keadaan tidak sempurna dan dibungkus dengan karpet serta pakaian,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, terdapat percikan darah di ruang tamu selain kesan dipercayai cubaan untuk membersihkan lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat yang telah membengkak dan berbau, pasangan suami isteri itu dipercayai sudah meninggal dunia lebih 48 jam sebelum ditemukan.

Foto: Media sosial

Sementara itu, mayat Muhammad Shakir Zufayri pula ditemui di dalam bilik di bahagian atas rumah dengan kesan kelar di leher.

Hanyan berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati mayat pasangan suami isteri berkenaan dipenggal dengan kepala mereka dibungkus dan diletakkan bersebelahan badan.

“Selain itu, terdapat anggota badan mangsa wanita yang dipotong, dipercayai bagi tujuan melupuskan mayat.
“Polis turut menemui beberapa senjata tajam yang dikumpulkan dalam satu bekas berhampiran mayat ketiga,” ujarnya.

Foto: Media sosial

Beliau berkata, pihaknya percaya kejadian pembunuhan mungkin berlaku di lokasi lain sebelum mayat pasangan berkenaan dibawa dan diletakkan di rumah tersebut.

“Siasatan awal menjurus kepada kes bunuh dan suspek dipercayai sudah meninggal dunia,” katanya.

Tambahnya, kejadian dipercayai berlaku antara jam 8 malam Isnin lalu hingga mayat ditemukan tengah malam tadi.

Foto: Media sosial

Menurut beliau, maklumat awal juga mendapati lelaki berusia 29 tahun itu pernah mengalami gangguan mental sekitar tahun 2018 hingga 2019, namun tidak pernah dilaporkan mengganggu orang ramai.

Difahamkan, seorang lagi anak mangsa wanita yang bertugas sebagai anggota tentera baru pulang ke Johor pada Isnin selepas pulang beraya di rumah terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat ini, polis sudah memanggil lima saksi bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: BH Online (Zuliaty Zulkiffli)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Lokal

Polis mengesahkan lelaki yang ditahan kerana mengurung dan meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning di sini merupakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd