Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Insiden Putra Heights: Syarikat Kontraktor Terus Berdiam Diri

Tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights terus menjadi perbincangan hangat di kalangan netizen kerana muncul pelbagai spekulasi mengulas punca kejadian sebenar kemalangan itu terjadi.

Insiden Putra Heights

Insiden Putra Heights

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian pada Isnin, mereka cuba menerjah masuk  sebuah pejabat kontraktor yang didakwa terbabit dengan kerja pembaikan paip pembentungan, dikatakan menjadi punca kemalangan letupan paip gas pada 1 April lalu.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan pada jam 6 petang itu, premis tersebut masih beroperasi seperti biasa dan salah seorang kakitangan memaklumkan bahawa pihak atasan tidak berada di pejabat ketika ditanyakan soal keberadaan majikan mereka.

Pihak atasan tiada di pejabat

“Syarikat beroperasi seperti biasa, malah ada tiga hingga empat individu yang dipercayai kakitangan sedang giat menjalankan tugas.
“Kehadiran kami disambut seorsang lelaki yang memaklumkan bahawa pihak atasan tidak berada di pejabat.
“Lelaki itu memberi alasan bahawa beliau telah menerima arahan daripada syarikat agar tidak berkongsi sebarang maklumat kepada mana-mana pihak luar,” tulis Sinar.

Artikel lain: Insiden Putra Heights: Takaful Malaysia Sumbang RM100,000 Bantu Mangsa

Insiden Putra Heights

Foto: MCI Group

Bagaimanapun, pihak kontraktor tersebut memberitahu akan menghubungi semula dalam jam 3 hingga 4 petang bagi mengulas lanjut berkenaan tragedi itu namun sehingga jam 5 petang, masih belum menerima sebarang panggilan daripada pihak mereka.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan terdapat kerja-kerja pengorekan di lokasi kebakaran paip gas bawah tanah dan aktiviti korekan tersebut dikenal pasti sebelum kejadian melibatkan kerja penggantian paip pembentungan yang dikatakan sudah ditamatkan dua hari sebelum kemalangan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Izwan Rozlin)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd