Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Insiden Putra Heights: Takaful Malaysia Sumbang RM100,000 Bantu Mangsa

Takaful Malaysia Sumbang

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Malaysia Bhd (Takaful Malaysia) menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip di Putra Heights, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal, berkata sumbangan itu adalah tanda keprihatinan syarikat terhadap mangsa yang berdepan kesukaran akibat tragedi berkenaan.

“Sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab, kami komited untuk meringankan beban mangsa dengan memberikan bantuan segera kepada mereka yang amat memerlukan.
“Selain itu, kami mempercepatkan proses tuntutan tanpa memerlukan laporan polis bagi pelanggan yang layak, memastikan mereka menerima bantuan dengan segera tanpa sebarang kelewatan,”katanya dalam satu kenyataan.

 

Takaful Malaysia Sumbang RM100,000 Bantu Mangsa

Menurutnya, Takaful Malaysia memahami kesukaran yang dihadapi pelanggan dan menganggapnya bantuan dihulurkan sebagai tanggungjawab sebagai penyedia perlindungan takaful.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, melalui cabang takaful amnya, Takaful Malaysia mempercepatkan proses tuntutan bagi pemegang sijil yang terjejas supaya mereka mendapat bantuan secepat mungkin.

Artikel lain: Keputusan Kewangan 2024 Kukuh, Takaful Malaysia Rekod Peningkatan Keuntungan 9%

Dalam pada itu, katanya, pihaknya turut menyediakan talian bantuan tuntutan khas bagi mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan demi kemudahan pelanggan.

Katanya, bagi tuntutan bukan motor, pelanggan boleh menghubungi 012-9271686 atau 017-328 3543 sementara bagi tuntutan motor, mereka boleh mendapatkan bantuan segera melalui talian 1800-888-788 atau menghubungi nombor alternatif 016-354 1991 atau 019-629 2680.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami berharap semua pihak akan terus mendoakan mangsa yang terjejas, serta memberi sokongan kepada mereka yang memberikan bantuan.
“Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat, kami sentiasa berada di barisan hadapan dalam usaha kemanusiaan dengan memberikan bantuan segera semasa krisis. Inisiatif segera ini membuktikan komitmen kami yang tidak berbelah bagi untuk kesejahteraan komuniti,” kata beliau.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd