Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Timbalan Pengerusi PSM Gesa Cukai Kekayaan Diperkenal, Bantu Naik Taraf Hidup Rakyat

Timbalan pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan gesa agar cukai kekayaan diperkenal susulan laporan 50 orang terkaya di Malaysia telah meningkatkan kekayaan mereka.

Memetik laporan Malaysiakini, Arutchelvan berkata hasil daripada cukai kekayaan ini boleh disalurkan bagi menaik taraf hospital awam, membina rumah mampu milik dan skim pencen untuk warga emas.

Foto: Free Malaysia Today

“Sudah tiba masanya kerajaan Madani memastikan cukai terhadap orang kaya untuk mengagihkan kekayaan, satu nilai yang sangat bermakna Madani dan bersifat Islamik. Retorik dalam memerangi golongan kaya memerlukan penguatkuasaan,” katanya.

Dalam pada itu, Arutchelvan  turut berkata kerajaan nampaknya menghadapi masalah untuk mengenakan cukai kepada golongan yang sangat kaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dilaporkan bulan lalu bahawa kerajaan telah menangguhkan cukai barang mewah yang sepatutnya dilaksanakan mulai 1 Mei.
“Menteri Kewangan juga tidak membentangkan Rang Undang-Undang Cukai Barang Bernilai Tinggi dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini,” ujarnya.

Artikel lain: Saluran YouTube Animasi Malaysia, Monsta Digodam Syarikat Kripto Dari US

Sebelum ini, senarai 50 Terkaya Malaysia Forbes 2024 mendedahkan bahawa kekayaan kolektif taikun tempatan meningkat dua peratus kepada AS$83.4 bilion (RM399.5 bilion) daripada AS$81.6 bilion (RM376.2 bilion) tahun lalu.

PSM gesa cukai kekayaan diperkenal buat golongan maha kaya

Foto: Robertk Kuok

Menurut Forbes Asia, ahli perniagaan Robert Kuok yang berusia 100 tahun pada Oktober lalu terus menduduki tempat pertama dalam senarai itu dengan nilai bersih AS$11.5 bilion (RM55 bilion).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) telah dinaikkan daripada enam peratus kepada lapan peratus dan mula berkuat kuasa pada 1 Mac.

Kerajaan juga memperkenalkan cukai barangan bernilai rendah (LVG) 10 peratus untuk jualan dalam talian (e-dagang), cukai perkhidmatan digital (DST) lapan peratus serta cukai keuntungan modal (CGT) 10 peratus.

Foto: Dagang News

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan cukai baru itu semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada akhir tahun lalu sebagai sebahagian usaha kerajaan meningkatkan daya tahan kewangan negara sambul mengurangkan defisit bajet.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd