Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Saluran YouTube Animasi Malaysia, Monsta Digodam Syarikat Kripto Dari US

Saluran YouTube animasi, Monsta yang memiliki lebih daripada 13.5 juta pengikut (subscribers) telah digodam oleh sebuah syarikat kripto.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Monsta, difahamkan saluran YouTube mereka digodam oleh syarikat berkenaan yang dipercayai berpangkalan di Amerika Syarikat pada 15 April.

Monsta digodam syarikat kripto dari Amerika Syarikat

“Dukacita kami maklumkan bahawa akaun YouTube Monsta Channel Malaysia yang mempunyai lebih 13.5 juta pengikut telah menjadi mangsa kepada jenayah siber.
“Akaun rasmi YouTube ini telah digodam dan dirampas secara tidak sah. Profil telah diubah untuk mewakili syarikat kripto, Microstrategy US yang berpangkalan di Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu, Monsta juga menyatakan pasukan undang-undangnya sedang berusaha untuk mendapatkan kembali akaun YouTube itu.

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami memandang serius dengan pelanggaran ini, bukan hanya kerana gangguan terhadap operasi kami namun ia turut mencabuli kepercayaan yang diberikan oleh berjuta-juta keluarga dan penonton muda kami.
“Tetapi pasukan undang-undang kami sedang giat berusaha melakukan siasatan bagi menangani isu ini disamping meminta pihak yang bersalah untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya,” ujarnya.

Artikel lain: Mechamato Movie Cipta Sejarah, Filem Animasi Malaysia Pertama Ditayangkan Di Jepun

Sementara itu, Monsta turut memaklumkan mereka sedang bekerjasama dengan pihak YouTube bagi mempercepatkan proses pemulihan akaun mereka.

“Pasukan kami bekerja rapat dengan YouTube untuk memeprcepatkan pemulihan akaun asal kami iaitu ‘Monsta Channel’ bersama dengan muat naik dan jumlah tontonan yang kami telah perolehi melalui akaun ini,” jelasnya.

Monsta turut menegaskan mereka bukan sahaja komited untuk mengembalikan akaun tersebut namun mereka juga akan meningkatkan langkah keselamatan akaun itu bagi memastikan perkara ini tidak berulang.

“Keutamaan kami adalah keselamatan pelanggan setia kami. Terima kasih atas sokongan dan pandangan anda. Kami akan terus memberikan perkembangan kepada anda atas berkenaan isu ini,” katanya.

Sekadar info, Monsta Channel telah menerima lencana ‘Diamon Play Button’ daripada YouTube kerana berjaya meraih 10 juta pelanggan pada tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Monsta

+ posts

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd