Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tiga Maut Helikopter Polis Terhempas Di Thailand

Sebuah helikopter milik pasukan polis Thailand terhempas dan terbakar di kawasan perkampungan Nong Kok, Mukim Ao Noi, Daerah Muang, Prachuap Khiri Khan sekitar jam 1 petang, Sabtu lalu, mengorbankan tiga anggota polis.

Menurut laporan Bangkok Post, helikopter jenis Bell 212 dari Unit Penerbangan Polis Kanchanaburi itu dilaporkan mengalami masalah teknikal ketika dalam penerbangan pulang dari Lapangan Terbang Surat Thani selepas selesai menjalankan operasi.

Foto: Royal Thai Police

Sebaik terhempas, pesawat itu terbakar dan pasukan bomba serta penyelamat segera digerakkan ke lokasi kejadian.

Tiga pegawai yang terkorban dikenal pasti sebagai Superintenden Polis Mejar Pratuang Chulet, Kapten Polis Songpol Boonchai dan Leftenan Polis Thinakrit Suwannoi, yang masing-masing berperanan sebagai juruterbang dan mekanik penerbangan.

Seorang lagi anggota yang dipercayai berada di dalam helikopter itu sempat menyelamatkan diri dengan terjun menggunakan payung terjun, namun keadaan terkini mangsa masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Negara Thailand, Jeneral Kittharat Punpetch, menzahirkan ucapan takziah serta simpati kepada keluarga mangsa dan memaklumkan bahawa siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas.

Beliau turut mengarahkan bantuan segera diberikan kepada keluarga anggota yang terkorban.

Kejadian ini merupakan insiden kedua melibatkan pesawat polis di wilayah Prachuap Khiri Khan tahun ini.

Pada April lalu, sebuah pesawat kecil polis terhempas ke laut berhampiran Lapangan Terbang Hua Hin, mengorbankan enam pegawai yang berada di dalamnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bangkok Post

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd