Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Doktor Ditahan SPRM, KKM Sedia Beri Kerjasama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia memberi kerjasama berhubung tiga doktor yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang semalam.

Menerusi satu kenyataan, KKM mengambil maklum berhubung penahanan tersebut yang didakwa memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Foto: BERNAMA

“KKM sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada SPRM berhubung penahanan tiga doktor awam berkenaan,” katanya hari ini.

KKM berkata, pihaknya menegaskan tidak akan bertolak ansur terhadap isu penyelewangan kuasa oleh warga Kementerian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“KKM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan perkhidmatan kesihatan awam sentiasa berada pada tahap yang terbaik,” ujarnya.

Semalam, seramai 32 individu termasuk tiga doktor kanan dari dua hospital di Pulau Pinang ditahan didakwa mempunyai kaitan dengan kartel pemalsuan tuntutan hilang upaya PERKESO.

Dua daripada doktor itu ditahan di Hospital Seberang Jaya, manakala seorang lagi di Hospital Bukit Mertajam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah memberi pengesahan berkenaan isu penahanan tiga doktor itu.

Azam berkata, siasatan lanjut akan dilakukan oleh pihaknya dan tidak menolak kemungkinan bahawa ketiga-tiga doktor tersebut akan ditahan reman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd