Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PRN Sabah: Tiada Pertembungan Kerusi BN Dan PH – Mohamad Hasan

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak akan bertembung pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, demikian disahkan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Tiada pertembungan BH dan PH

Menurut laporan Astro Awani, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, walaupun rundingan mengenai pembahagian kerusi dalam kalangan komponen BN masih berjalan, kedua-dua parti dalam Kerajaan MADANI itu bersetuju untuk tidak meletakkan calon di kawasan yang sama bagi mengelakkan pertembungan.

Pertembungan

Foto: BH

“Tiada pertembungan antara BN dan PH. Sekarang jentera BN perlu terus bekerja hingga ke hari pengundian 29 November bagi memastikan kemenangan kita pada PRN kali ini,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 15 November sebagai tarikh penamaan calon, pengundian awal pada 25 November dan hari pengundian pada 29 November.

Artikel lain: Sempena PRN Sabah, Air Asia Tawar Promosi Tambang Tetap RM299 Sehala

Dalam perkembangan sama, Mohamad turut mencadangkan Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffrey Nor Mohamed sebagai calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pertembungan

Foto: BH

Menurut beliau, Jeffrey Nor layak diberi peluang atas dasar kesetiaan dan usahanya membina semula kekuatan parti di kawasan berkenaan.

“Kita menyokong Jeffrey Nor sebagai calon DUN Tanjung Keramat kerana beliau mendapat kepercayaan dan sokongan kuat daripada penduduk setempat. Bagaimanapun, kita tunggu pengumuman rasmi daripada pucuk pimpinan,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani 

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd