Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terlanggar Tali Ampaian Sehingga Pakaian Jatuh Punca Murid Dipukul, Ditarik Rambut

Gara-gara terlanggar tali ampaian sehingga menyebabkan pakaian terjatuh, seorang murid Tahun Lima dipercayai menjadi mangsa buli apabila dipukul, ditendang dan ditarik rambut dalam kejadian di sebuah asrama sekolah rendah di daerah ini pada 11 Jun lalu.

Kejadian itu turut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan retak pada bahagian kaki kiri serta sakit pada bahagian muka sebelum insiden berkenaan tular di media sosial dan mencetuskan perhatian orang ramai.

Ketua Polis Daerah Tenom, Superintenden Azmir Abd Razak berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa selepas melihat rakaman video kejadian tersebut yang dihantar oleh ahli keluarga.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dan suspek merupakan rakan sekelas serta tinggal di bilik asrama yang sama,” katanya.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku antara jam 6.30 petang hingga 7.30 malam apabila mangsa secara tidak sengaja terlanggar tali ampaian sehingga menyebabkan pakaian milik suspek terjatuh ke tanah.

“Suspek kemudian bertindak memukul, menyepak serta menarik rambut mangsa secara bertubi-tubi,” katanya.

Beliau berkata, dua murid perempuan lain turut merakam insiden berkenaan menggunakan telefon bimbit milik suspek atas arahan pelaku sendiri sebelum video itu dimuat naik ke media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, hasil siasatan turut mendapati rakaman tular tersebut adalah sepadan dengan kejadian sebenar di lokasi, namun tiada kamera litar tertutup (CCTV) di asrama berkenaan.

“Sepanjang berada di rumah pada hujung minggu, mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya,” katanya lagi.

Sehubungan itu, polis telah merakam keterangan beberapa saksi dan menahan suspek serta beberapa murid lain untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 325/507B Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd