Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Teresa Kok Tidak Bermaksud Persoalkan Pensijilan Halal

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok tidak mendapat peluang bagi berkongsi pandangan beliau terhadap isu cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal yang disampaikan secara terbuka tanpa berbincang bersama wakil rakyat.

Menurut Teresa Kok, beliau terpaksa memberi pandangan secara terbuka kerana tidak mempunyai peluang untuk menyampaikan pandangannya melalui saluran dalam selepas cadangan ini dibangkitkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui forum terbuka tanpa mengadakan libat-urus dengan wakil rakyat terlebih dahulu.

Foto: Bernama

“Saya mengambil maklum respons YAB Perdana Menteri mengenai kenyataan saya tetapi ingin menjelaskan bahawa saya tidak dapat membangkitkan pandangan saya melalui saluran dalaman, kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) membangkitkan cadangan ini melalui forum terbuka tanpa mengadakan libat-urus dengan wakil rakyat terlebih dahulu.
“Oleh yang demikian, saya tidak mempunyai peluang untuk menyampaikan pandangan melalui saluran dalaman,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau turut menyatakan, perkara tersebut sudah menjadi tanggungjawabnya bagi menyuarakan masalah dan suara rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebab itu saya minta kerajaan mengkaji semula cadangan ini. Kenyataan saya tidak sama sekali bermaksud saya mempersoalkan pensijilan halal, peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau tidak menghormati agama Islam,” ujarnya.

Terdahulu, Teresa dalam satu kenyataan di media sosial mengatakan pengusaha perlu diberi peluang untuk membuat keputusan secara sukarela berdasarkan permintaan pasaran dan bukan dilaksanakan secara paksa.

Susulan itu, beliau menyatakan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis apabila dilaporkan akan dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan isu tersebut, esok.

Sumber: Facebook Teresa Kok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki warga emas yang memandu van sehingga menyebabkan kematian seorang murid perempuan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong pada Selasa...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Lokal

Seorang pelayan bar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang wanita muda dalam...

Lokal

Hampir dua tahun selepas tragedi tanah jerlus di Jalan Masjid India, keluarga mendiang G Vijaya Lakshmi bercadang menuntut pampasan sebanyak RM800,000 daripada Dewan Bandaraya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd