Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tanah Runtuh Di Papar : Kerajaan Sedia Penempatan Sementara Buat Mangsa Terjejas

Kerajaan akan menyediakan penempatan sementara untuk keluarga mangsa tanah runtuh di Kampung Mook dan Kampung Marahang Tuntul, Papar.

Menurut laporan Free Malaysia Today, ahli Parlimen Papar, Armizan Mohd Ali memaklumkan, perbincangan akan dilakukan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Limbahau, Juil Nuatim bagi menyelaras bantuan kepada penduduk yang terjejas.

Tanah runtuh di Papar

Tanah runtuh di Papar

Katanya, keluarga terbabit juga akan dirunding bagi menentukan penempatan sementara sama ada di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau rumah sewa, sementara proses penilaian risiko dijalankan di kawasan asal kediaman mereka yang berhampiran cerun bukit.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu turut menegaskan, penilaian risiko di lokasi kejadian akan dibuat dengan segera bagi menentukan tahap keselamatan kawasan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Buat sementara ini, kita tempatkan kedua-dua keluarga di balai raya Kampung Mook dan Kampung Marahang Tuntul yang dijadikan sebagai pusat penempatan sementara.
“Langkah ini bagi memastikan keselamatan mereka sementara menunggu pembaikan rumah selesai. Kita akan bantu meringankan beban ditanggung mereka,” katanya menurut Berita Harian di PPS Dewan Lok Kawi Height, Papar.

Semalam, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah mengumumkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah antara RM1,000 hingga RM10,000 akan diberikan kepada mangsa bencana di negeri itu bagi meringankan beban mereka.

Artikel lain: Sabah Batal Sambutan Hari Malaysia Esok, Fokus Tangani Bencana

Tanah runtuh di Papar

Setiap ketua isi rumah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara akan menerima bantuan sebanyak RM1,000, manakala waris kepada mangsa yang terkorban akan diberikan BWI kematian berjumlah RM10,000.

Terdahulu, media melaporkan lima individu maut dalam dua insiden tanah runtuh berasingan, dua di Kampung Mook dan tiga lagi di Kampung Marahang Tuntul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Free Malaysia Today

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Sosial

Tindakan sekumpulan pelancong yang dipercayai dari Malaysia mencetuskan kemarahan ramai selepas didakwa menghina penduduk tempatan ketika bercuti di China. Tutup hidung dan menjerit-jerit di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd