Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tak Terbalik, Lelaki OKU Mental Pasang Jalur Gemilang Dengan Betul.. Siap Ingat Rukun Negara!

Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang pempengaruh menguji minda seorang lelaki yang memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori mental tentang pengetahuan asas negara dengan memasang Jalur Gemilang.

Menerusi hantaran video di aplikasi TikTok, pempengaruh Zuhan Hamzah dilihat mendekati lelaki dipanggil sebagai Rahim itu sebelum memintanya memasang bendera rasmi Malaysia dengan kedudukan yang betul menggunakan sebatang paip plastik.

@zuhannn

Rukun Negara pun masih steady dia ni! #ybtiktok

♬ original sound – zuhan hamzah – zuhan hamzah

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dah lama tak buat konten dengan Rahim, dia ada masalah mental. Rahim, ni bendera Malaysia dan getah paip. Abang nak kau pasang Jalur Gemilang ni kat sini (paip), tengok kau boleh pasang ke tidak,” katanya.

Tanpa teragak-agak, Rahim dilihat mula memasukkan Jalur Gemilang ke dalam paip yang diberikan secara perlahan-lahan sehingga berjaya dengan kedudukan tepat, sekali gus membuatkan pempengaruh berkenaan berasa kagum.

Lebih mengagumkan, apabila ditanya mengenai Rukun Negara, lelaki berpakaian lusuh itu mampu menyebut kesemuanya dengan jelas dan tepat.

“Jadi korang tengok, Rahim pun pasang bendera dengan betul. Lima Rukun Negara pun masih ingat dan hafal, andai kita rakyat Malaysia takde semangat patriotik, cintakan negara… sebaiknya pulanglah ke tempat asalmu,” ujar Zuhan sebagai penutup.

Ini kerana menjelang bulan kemerdekaan, kejadian Jalur Gemilang dipasang terbalik sering dilaporkan sehingga mengundang kemarahan orang ramai sekali gus mereka meminta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Walau bagaimanapun, kisah Rahim ini menjadi peringatan bahawa sesiapa sahaja tanpa mengira keadaan fizikal atau mental, mampu menunjukkan semangat patriotisme dengan cara yang betul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok Zuhan Hamzah

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus...

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Lokal

Keputusan Mahkamah Majistret yang memerintahkan seorang pemandu remaja lelaki dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun selepas menyebabkan kematian tiga remaja dalam nahas...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd