Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tak Sempat Sampai Sekolah, Pelajar Maut Selepas Motor Bertembung Kereta Guru

Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dipandu seorang guru wanita ketika dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Felda Sungai Tiang, Pendang hari ini.

Menurut laporan Astro Awani, mangsa Muhammad Hasrul Hakimi Ibrahim, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Arriz Sham Hamezah berkata,  siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa menghala ke sekolah selepas menghantar adiknya ke Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang pada jam 7.20 pagi.

Foto: UTUSAN/ MOHD RAFIE AZIMI

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apabila sampai di tempat kejadian motosikal mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta dipandu seorang guru yang keluar dari simpang kiri.
“Akibat perlanggaran itu mangsa telah terbabas ke kanan jalan dan melanggar pokok dan pagar Pejabat Felda Sungai Tiang,” katanya.

Difahamkan, motosikal ditunggang Muhammad Hasrul bertembung dengan kereta dipandu guru yang mengajar di sekolah adiknya.

Arriz Sham berkata, mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Astro Awani (Adie Sufian Zulkefli)

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Setelah hampir enam bulan mendiamkan diri, pasangan pengantin kini terbuka untuk menceritakan bagaimana kebakaran boleh berlaku sewaktu majlis perkahwinan mereka sehingga mengorbankan lebih 100...

Sosial

Tular satu video memaparkan seorang lelaki warga asing dari Bangladesh yang selamba jual burger Ramly di tepi jalan sehingga menyebabkan netizen Malaysia berang. Menerusi...

Filem

Filem aksi heist yang dinantikan tahun ini, The Experts bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara, terbitan oleh penerbit...

Lokal

Seorang pekerja bengkel maut selepas tayar jentolak yang sedang diisi angin di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh tiba-tiba...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd