Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tak Rasmi, Azizulhasni Awang Antara Tiga Atlet Layak Ke Olimpik Paris

Pelumba trek negara, Datuk Azizulhasni Awang secara tidak rasmi berjaya melayakkan diri untuk bertanding di Sukan Olimpik Paris.

Menurut laporan Harian Metro, bukan sahaja Azizulhasni, malah dua lagi pelumba trek negara iaitu Muhammad Shah Firdaus dan Nurul Izzah Izzati turut membawa nama negara ke acara sukan berprestij tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemangku Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, Azizulhasni dan Shah Firdaus telah memenuhi syarat untuk bertanding dalam acara keirin dan pecut di Olimpik Paris.

“Secara tidak rasmi, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus telah layak ke Sukan Olimpik Paris untuk kedua-dua acara keirin dan pecut.
“Kita juga ada pelumba trek wanita, Nurul Izzah Izzati secara tidak rasmi juga akan bertanding di Sukan Olimpik Paris dalam acara keirin dan pecut selepas dia menampilkan aksi cemerlang di UCI di Milton, Kanada pada 14 April lalu,” katanya.

Foto: NSTP

Beliau berkata, kelayakan secara tidak rasmi Nurul Izzah adalah disebabkan oleh  prestasi cemerlangnya semasa beraksi di Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Milton, Kanada pada 14 April lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Atlet trek wanita yang sedang meningkat naik ini juga dikenali sebagai The Pocket Rocketwoman setelah mencapai kejayaan cemerlang dalam pertandingan yang disertai sebelum ini.

Dalam pada itu, Amarjit turut memaklumkan bahawa senarai nama rasmi peserta yang bertanding di Olimpik Paris akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) pada 22 April ini.

Sumber: Harian Metro  (Amirul Fazli Zulkafli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian...

Sosial

Seorang Profesor dan Pakar Perunding Kanan Ortopedik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Yazid Bajuri, mencipta sejarah apabila menghasilkan kaki palsu mesra Muslim...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd