Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tak Perlu Debat Kenaikan Gaji, Steven Sim Anggap Penjawat Awam ‘Barisan Hadapan’

Orang ramai disaran tidak memperdebatkan isu kenaikan gaji memandangkan penjawat awam merupakan kumpulan ‘barisan hadapan’.

Memetik laporan Bernama, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Kiong berkata, kenaikan gaji merupakan satu penghargaan memandangkan perkara tersebut telah dibuktikan menerusi semakan semula kadar gaji minimum Dasar Gaji Progresif yang berusaha untuk meningkatkan gaji sektor swasta seiring peningkatan produktiviti.

Foto: Bernama

Selain menganggap penjawat awam sebagai petugas barisan hadapan, Sim turut menyatakan bahawa peningkatan ekonomi rancak memerlukan petugas awam yang memiliki kecekapan serta produktiviti yang tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penjawat awam ini merupakan petugas barisan hadapan. Kalau kita nak ekonomi negara rancak supaya boleh mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik, maka kita perlukan penjawat awam yang mempunyai produktiviti dan kecekapan yang lebih tinggi,” katanya semalam.

Dalam pada itu, beliau juga yakin bahawa pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenaikan gaji dapat memberi motivasi kepada golongan penjawat awam.

“Maka, dengan penghayatan dan penghargaan yang diberi kepada penjawat awam, saya yakin ia akan memberikan motivasi kepada penjawat awam terus melaksanakan tugas mereka untuk sama-sama membangunkan ekonomi negara,” ujarnya.

Sim menjelaskan lebih lanjut bahawa hasil sokongan semua pihak termasuk penjawat, jumlah pelaburan negara telah mencatat sejumlah RM 329.5 bilion pada tahun lalu dan sekali gus dapat meningkatkan ekonomi di Malaysia.

“Dengan adanya pelaburan ini, baru ekonomi kita mengembang dan seterusnya akan ada peluang pekerjaan yang menawarkan gaji lebih baik. Jadi, ada hubungan simbiosis ataupun kerjasama, ia bukan satu persaingan,” jelasnya.

Sumber: Bernama 

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd