Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tak Menyebelahi Mana-Mana Pihak! KP Negeri Sembilan Perjelas Kawalan Di Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan kehadiran anggotanya di kawasan pintu masuk Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin di sini adalah semata-mata bagi tujuan kawalan keselamatan serta pemeliharaan ketenteraman awam, tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Alzafny Ahmad berkata, pihaknya telah menerima maklumat mengenai kehadiran orang ramai di kawasan berkenaan sebelum Ketua Polis Daerah Tampin mengatur penugasan anggota dan pegawai bagi melaksanakan pemantauan serta kawalan di lokasi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad

Beliau berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal dan tidak mengganggu keselamatan serta kelancaran situasi semasa di kawasan terbabit.

“Tindakan diambil adalah selaras dengan fungsi dan tanggungjawab PDRM sebagaimana diperuntuk di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967 bagi memelihara keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam serta mencegah berlakunya sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihak polis turut menerima satu salinan perintah mahkamah berkaitan perkara berkenaan dan menegaskan PDRM menghormati proses perundangan yang sedang berjalan serta akan bertindak mengikut peruntukan undang-undang.

Artikel lain: Kejutan Di Negeri Sembilan, Bekas Kerani Pula Dilantik Undang Luak Sungei Ujong Ke-11

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar kekal tenang, tidak membuat sebarang provokasi serta tidak terlibat dalam tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau proses yang sedang berlangsung.

Beliau berkata, keadaan keselamatan di lokasi adalah terkawal dan PDRM akan terus memantau situasi semasa dari semasa ke semasa bagi memastikan keamanan serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Tegasnya, PDRM komited dan terus bertindak secara profesional dan berkecuali dalam setiap penugasan demi kepentingan keselamatan awam.

Sumber: FB Polis Negeri Sembilan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd