Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kejutan Di Negeri Sembilan, Bekas Kerani Pula Dilantik Undang Luak Sungei Ujong Ke-11

Seorang bekas kerani berusia 70 tahun, Abd Rahman Limat, diisytiharkan sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-11 dalam satu majlis istiadat di Telapak Tua Kampung Chedang pada Ahad.

Dapat persetujuan Ibu Sako

Memetik laporan daripada Sinar Harian, pelantikan Datuk Klana Petra itu dibuat selepas mendapat persetujuan Ibu Soko, Buapak dan Tiang Balai Perut Waris Hulu dalam majlis yang bermula sekitar jam 2.45 petang.

Majlis pemasyhuran dimulakan dengan ucapan aluan Buapak Perut Waris Hulu sebelum disusuli istiadat menandatangani watikah pelantikan.

Abd Rahman yang memiliki pendidikan tertinggi Sijil Rendah Pelajaran merupakan Suku Biduanda Waris Klana dan pernah menyertai pencalonan jawatan itu sejak tahun 2004.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di lokasi turut kelihatan kenderaan rasmi Undang Luak Sungei Ujong yang tertera pada sebuah Toyota Vellfire, sekali gus menarik perhatian pengunjung yang hadir ke istiadat berkenaan.

Sebelum ini, bekas Undang, Mubarak Dohak dilaporkan telah dipecat daripada jawatannya dan perkara itu turut diperakui oleh kerajaan negeri. Beliau sebelum ini bersama tiga Undang lain mengisytiharkan pemecatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun sebelum ini menegaskan tindakan tersebut tidak boleh diterima atau diiktiraf kerana Mubarak tidak lagi mempunyai kuasa sebagai Undang Luak Sungei Ujong serta tidak selaras dengan peruntukan undang-undang negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, pelantikan baharu sebelum ini melibatkan seorang akauntan berusia 29 tahun yang diumumkan sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-11 dalam satu istiadat kerapatan pada 22 April lalu, menjadikan situasi pelantikan jawatan adat itu terus menjadi perhatian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd