Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Apa Beza Tiket VIP Dan Biasa?!”- Free Standing, Peminat Tak Puas Hati Konsert Shooting Star F4 Thailand

Buat penggemar dunia hiburan Thailand, pasti ramai teruja dan tidak sabar untuk berjumpa dengan idola kesayangan mereka terutama peminat drama adaptasi F4, bukan?

Kini, empat hero pujaan ramai dalam drama adaptasi Boys Over Flowers versi Thailand iaitu Vachirawit Chivaaree (Bright), Jirawat Sutivanichsak (Dew), Metawin Opas-iamkajorn (Win) and Hirunkit Changkham (Nani)  bakal menemui peminat pada 5 November nanti bertempat di Tropicana Gardens Mall Convention Centre.

Khabar gembira ini dimaklumkan sendiri oleh pihak penganjur di media sosial mereka termasuklah GMMTV.

“BRIGHT, WIN, DEW dan Nani akan datang ke Malaysia pada bulan hadapan bagi konsert jelajah Asia Shooting Asia! Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk berjumpa dengan Bright, Win, Dew, dan Nani pada 5 November 2022.
“It’s gonna be a memorable night sky full of shooting stars.”tulis GMMTV di laman Twitter mereka.

Tiket mula dijual pada hari esok (Rabu) pada jam 11 pagi di ticket2u serendah RM388 sehingga RM688 bagi VIP.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, turut disertakan pelan tempat dan beberapa keistimewaan yang bakal pembeli bagi setiap kategori  iaitu CAT3, CAT2, CAT1 dan VIP perolehi.

Free standing untuk semua? Tak berbaloi!

Bagaimanapun, terdapat suara-suara kurang manis didengari apabila ramai mengeluh dan mengkritik harga tiket yang ditawarkan terutama VIP, lokasi konsert dan keistimewaan yang diperoleh.

Mereka mengatakan pihak penganjur tidak memikirkan beberapa faktor lain terutama kepuasan peminat yang hadir. Katanya, ia adalah konsert dan sesi bertemu peminat dan artis kegemaran, tetapi mereka tidak menyediakan seats. Sebaliknya hanya free standing bagi kesemua kategori tiket.

@naddyvc

Turn off teruk lah. #fyp #f4shootingstar

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Naddy Nattawin☀️แนดดี – Naddy Nattawin☀️แนดดี

@naw_msbr

Being Thaienthu Malaysian is so hard😔🥺 Jom Bangkok 🇹🇭 #shouldbeme #f4thailand #f4concert #brightvachirawit #winmetawin #nanihirunkit #dew_jsu #anaksenithai #thaienthu #gmmtv #fypシ

♬ atlantis – r_triplesix

Mungkin kita boleh bawa kerusi sendiri? Tapi, harap tak nampak kepala orang depan sahaja. Hehe.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Twitter GMMTV, TikTok @naddyvc

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd