Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Taburan Hujan Lebih Rendah, Monsun Barat Daya Berterusan Sehingga September 2024

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan Monsun Barat Daya bakal bermula pada 17 Mei dan berterusan sehingga September 2024 ini.

Menurut satu kenyataan media, MET Malaysia melaporkan bahawa kelembapan udara yang lebih rendah serta keadaan atmosfera yang lebih stabil ini menyebabkan angin biasanya bertiup dari arah barat daya semasa Monsun Barat Daya.

Foto: Berita Harian

Selain mengurangkan pembentukan awan hujan, perkara ini akan membawa kepada taburan hujan yang lebih rendah memandangkan lebih banyak hari tanpa hujan akan berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, MET Malaysia berkata, fenomena garis badai (squall line) masih boleh menyebabkan hujan lebat diiringi angin kencang dan petir di pantai barat Semenanjung, utara Sarawak, dan barat Sabah, terutamanya pada awal pagi.

Foto: Utusan Malaysia

“Garis badai adalah barisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.
Dalam tempoh Monsun Barat Daya, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya pada Julai hingga September,” katanya.

Justeru itu, MET Malaysia menyeru orang ramai untuk mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar serta menggunakan air dengan berhemah sepanjang tempoh ini berlangsung.

“Maklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi Jabatan dan Hotline Jabatan Meteorologi Malaysia 1-300-22-1638,” ujarnya.

Sumber: Facebook Malaysian Meteorological Department

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd