Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

PM Anwar Buka Jalan, Susu Farm Fresh Kini Jadi Pilihan Rakyat Kemboja

Produk tenusu tempatan, Farm Fresh kini rasmi menembusi pasaran Kemboja selepas negara itu berdepan kekurangan bekalan susu segar ekoran pergeseran perdagangan dengan Thailand baru-baru ini.

Susu Farm Fresh pilihan rakyat kemboja

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh, Azmi Zainal berkata, langkah itu tercetus hasil inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN yang mencadangkan penghantaran segera bekalan susu segar dari Malaysia ke Kemboja.

Susu Farm Fresh

Foto: Bernama

“Alhamdulillah, kini susu pasteurise Farm Fresh, Aus Fresh dan yogurt menjadi pilihan rakyat Kemboja. Setibanya di pasaran, dalam tempoh seminggu sahaja bekalan habis terjual.
“Malah kafe dan hotel di Kemboja juga sudah mula meminta kami membekalkan produk,” katanya dalam satu perkongsian di laman Facebook, pada Isnin.
Susu Farm Fresh

Foto: FB Azmi Zainal

Susu Farm Fresh

Foto: FB Azmi Zainal

Susu Farm Fresh

Foto: FB Azmi Zainal

Beliau menjelaskan, AEON merupakan rangkaian pasar raya pertama yang mengeluarkan pesanan rasmi (PO) terhadap produk Farm Fresh ke Kemboja atas dasar keyakinan dan hubungan perniagaan yang telah lama terjalin.

Artikel lain: Rundingan Damai: Thailand, Kemboja Pilih Malaysia Atas Keyakinan Kestabilan Politik, Kemajuan Ekonomi

Susu Farm Fresh

Foto: FB Azmi Zainal

Susu Farm Fresh makin ‘mendonia’

Dengan perkembangan itu, Kemboja menjadi negara ASEAN keempat selepas Singapura, Brunei dan Filipina yang menerima eksport produk tenusu Farm Fresh.

Susu Farm Fresh

Foto: FB Azmi Zainal

Dalam pada itu, Azmi turut menzahirkan penghargaan kepada Anwar serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) atas sokongan dalam merealisasikan projek berkenaan.

“Dulu pesaing kami kata mustahil Malaysia boleh jadi pengeksport produk tenusu kerana faktor cuaca yang tidak sesuai, tetapi bagi kami ia bukan soal cuaca, sebaliknya siapa yang berusaha. Alhamdulillah kami berjaya melakukannya,” ujarnya lagi.

Sumber: Facebook Azmi Zainal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd