Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sudah Penat Digelar Penipu, Amber Heard Akhirnya Pindah Ke Sepanyol

Pelakon sensasi, Amber Heard menjadi bualan netizen apabila dia akhirnya membuat keputusan dengan berpindah ke negara Sepanyol kerana tidak tahan digelar sebagai penipu.

Menurut laporan The News, Amber membuat keputusan tersebut untuk mencari ketenangan serta menyedari dia tidak akan dapat kembali ke dunia hiburan susulan kekalahannya bersama bekas suami, Johnny Depp.

Difahamkan, perkara tersebut disahkan oleh rakan rapat aktor itu yang tidak mahu dirinya dikenali umum.

Bukan itu sahaja, Amber turut berharap penghijrahan yang dilakukan itu akan dapat mengembalikan kerjayanya dalam bidang lakonan di Sepanyol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, dikatakan juga Amber berpindah ke Sepanyol disebabkan peminatnya di negara itu tidak pernah menggelarkannya sebagai penipu berikutan kekalahan kes saman fitnah.

Bagaimanapun, Amber tidak akan berputus asa untuk menegakkan keadilan buat dirinya walaupun sudah berpindah ke Sepanyol.

Sumber: The News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd