Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Subsidi RON95: Kerajaan Pertimbang Penggunaan MyKad, E-Dompet

Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan penggunaan kad pengenalan dan e-dompet bagi pelaksanaan penyasaran subsidi minyak RON95 di stesen-stesen minyak di seluruh dunia.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata pengesahan kelayakan penerima subsidi mengambil kira kedudukan sosio-ekonomi isi rumah dan ia perlu dilakukan sebelum pembelian RON95 dibuat.

Subsidi RON95

Foto: Bernama

“Penentuan kelayakan dibangunkan oleh Kementerian Ekonomi dan pelaksanaan mekanisme pembelian RON95 menggunakan dua harga di stesen minyak, akan dibangunkan oleh Kementerian Kewangan.
“Kriteria dan mekanisme akhir akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri selaras dengan garis masa pelaksanaan iaitu menjelang pertengahan 2025,” katanya dalam sesi jawapan menteri pada sidang Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Pulai-PH, Suhaizan Kaiat yang meminta Rafizi untuk menyatakan mekanisme penggunaan kad pengenalan untuk pengesahan kelayakan penerimaan subsidi RON95.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata Suhaizan, kaedah ini terdedah kepada pelbagai masalah seperti kerosakan cip, capaian internet perlahan di luar bandar, penipuan kelayakan, tambahan kos sistem pengesahan dan melambatkan proses pembelian minyak.

Bagaimanapun, Rafizi menjawab Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan mengambil kira dan memperhalusi mekanisma itu susulan cabaran infrastruktur dan capaian internet di seluruh negara.

Foto: Malay Mail

“Kerajaan mengambil maklum cabaran yang bakal dihadapi, seperti mekanisme kad pengenalan untuk mengesahkan kelayakan.
“Semua cabaran itu sedang diambil kira dan diperhalusi serta sedang dalam pembangunan di antara Kementerian Kewangan dengan pemain industri dan mereka yang akan melaksanakan perkara ini,” ujarnya.

Sementara itu, Rafizi memaklumkan, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah memperkenalkan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) mengikut daerah di seluruh negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Rafizi, ia sebagai nilai ambang perbelanjaan sesebuah keluarga mengikut tanggungan untuk menjalani kehidupan wajar.

“Ia mengambil kira perbelanjaan lebih besar selain daripada kos biasa seperti makanan, perumahan, tenaga dan kos-kos lain untuk sesebuah keluarga menikmati hidup bermaruah termasuk penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Sumber: Malaysia Gazette (Nizam Naim)

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peguam, Kamal Hisham Ja’afar tampil menjelaskan kedudukan sebenar penglibatannya dalam kes Rosmaini Raof yang kembali menjadi perhatian umum, selain menegaskan bahawa keputusan mahkamah adalah...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV diumumkan sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, sekali gus memastikan rakyat dapat menikmati liputan...

Sosial

Seorang penunggang p-hailing, Azim Haikal Noor Aziddin dilaporkan maut selepas dirempuh sebuah Proton X70 di Jalan 17/21, Petaling Jaya, Selasa, ketika sedang bekerja mencari...

Sosial

Seorang pelancong dari Australia yang dikenali sebagai Roman Travel mencuri perhatian selepas berkongsi pandangannya mengenai sebuah acara pesta air, Rain Rave Water Music Festival...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd