Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Suara Nyanyian Saya Sumbang Sebab Stres & Takut Kena Kritik…”- Keisya Levronka

Penyanyi terkenal Indonesia, Keisya Levronka mendedahkan punca utama dirinya sering gagal menyanyikan lagunya sendiri iaitu Tak Ingin Usai sehingga menerima kecaman kerana bersuara sumbang.

Pada awalnya, penyanyi berusia 19 tahun mengakui dirinya berasa hairan kerana gagal mencapai tahap nada tinggi dalam nyanyian sehingga menerima cemuhan ramai.

Keisya yang ditemui dalam program bual bicara berjudul Curhat Bang bersama Denny Sumargo di saluran Youtube berkata, setiap kali berlatih, dia mampu untuk menyanyi dengan baik sekali.

“Setiap kali latihan, nada yang tinggi semua mampu saya nyanyikan dengan baik. Malah, saya ada menggunakan nada yang lebih tinggi dari asal tetapi ia tetap tiada masalah,”ujar Keisya.

Mengulas lanjut, Keisya mendedahkan punca dia gagal menyanyi dengan baik ketika membuat persembahan adalah kerana berasa trauma dan bimbang menerima kritikan ramai yang bakal diterima olehnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dan, kritikan ramai itu membuatkan dirinya trauma dan takut untuk bertemu dengan orang serta sudah tidak ceria seperti sebelum ini.

“Sekarang ini, setiap kali berjumpa orang, saya jadi gementar. Sebenarnya, di luar saya nampak baik-baik sahaja dan fokus melakukan persiapan. Tetapi, dalam hati perasaan takut itu terlalu kuat,”dedah Keisya.

Disebabkan itu, dia mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan pakar  psikologi dan disahkan mengalami trauma. Sedar dirinya memerlukan bantuan, Keisyan turut bertanya akan beberapa tips yang boleh digunakan bagi mengelakkan ‘suara sumbang’ itu berlaku lagi semasa membuat persembahan.

“Saya tak pernah berjumpa dengan pakar psikologi sebelum ini. Saya mengalami trauma selepas didignosis oleh pakar.
“Tapi, setelah berjumpa dengan pakarm saya mengambil tips yang diberikan olehnya iaitu fokus apabila menyanyi dan saya akan berasa tenang,”kata Keisya.

Terdahulu, Keisya menjadi mangsa kritikan warganet setelah gagal menyanyikan lagunya sendiri apabila di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) di Wisma MBSA, Shah Alam.

Selain itu, dia juga sering menjadi mangsa kecaman oleh warganet di negaranya sendiri, Indonesia kerana sering ‘terkuncil’ ketika menyanyikan lagu Tak Ingin Usai.

Sumber: Kompas.com

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

BERSATU membuat keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Kelang, Abdul Rashid Asari berkuat kuasa serta...

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd