Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

SRK Didakwa Beri Suapan RM13 Juta Untuk Gugurkan Kes Dadah Anak Lelaki

Baru-baru ini, pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan telah didakwa memberikan rasuh kepada pegawai Biro Kawalan Narkotik (NCB) sebagai ganjaran untuk menggugurkan pertuduhan kes dadah melibatkan anak lelakinya, Aryan.

Menurut laporan Sinar Harian, aktor yang berusia 58 tahun itu dipercayai menawarkan 250 juta rupee (kira-kira RM13 juta) kepada seorang pegawai yang dikenali sebagai Sameer Wankhede.

Dakwaan tersebut menjadi tersebar dalam kalangan ramai selepas tularnya tangkap layar perbualan antara SRK dan Sameer di media sosial.

Dalam perbualan tersebut, SRK menghantar mesej panjang lebar merayu agar nama anaknya digugurkan daripada siasatan mengambil dadah ketika di atas kapal pelayaran pada Oktober 2021.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mana tidaknya, segelintir netizen mempercayai khabar angin tersebut dengan melihat gaya hidup mewah Sameer yang sering bercuti di luar negara.

Terdahulu, Aryan, 25, ditahan bersama tujuh rakan lain termasuk dua wanita di sebuah kapal pelayaran di pantai Mumbai pada Oktober 2021 atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun, dia telah dibebaskan daripada pertuduhan selepas 28 hari ditahan dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti penglibatannya.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd