Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SPRM Beku 14 Akaun, Tahan Empat Individu Disyaki Seleweng Dana NGO

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan empat individu, termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik pertubuhan tersebut.

SPRM sita 14 akaun bank

Menurut laporan Berita Harian, kesemua suspek  dua lelaki dan dua wanita berusia sekitar 30-an ditahan antara jam 4 petang hingga 7 malam kelmarin ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Melaka.

SPRM

Foto: Malaysiakini

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan itu antara 2015 hingga 2025.
“Mereka dipercayai bersubahat dengan pengerusi NGO itu yang disyaki menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan dana bagi kepentingan peribadi,” katanya.

Artikel lain: Kes Penyelewengan Dana Sukuk: SPRM Rakam Keterangan Tan Sri

Berikutan penahanan itu, turut disita pelbagai aset termasuk wang tunai berjumlah RM900,000, barang kemas, sembilan lot tanah di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor, serta empat unit rumah di Melaka.

Turut dibekukan ialah 14 akaun bank melibatkan lapan akaun individu dan enam akaun syarikat dengan jumlah anggaran kira-kira RM5 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.
SPRM

Foto: Carian Google

Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Selasa depan, selepas perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin di Mahkamah Majistret Melaka.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.

Sumber: Berita Harian Online

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Media sosial Thailand kecoh pada 11 Jun apabila pewaris jutawan, Psi Scott, menjadi tumpuan selepas menghadiri sidang media di luar mahkamah yang berlangsung dalam...

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd