Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

‘Spot Check’ Mengejut Lebih Berkesan Atasi Buli Di UPNM – Bekas Ketua Perisikan Tentera Darat

Ahli Parlimen Ketereh, Mejar Jeneral (B) Datuk Khlir Mohd Nor mencadangkan kaedah pemeriksaan mengejut sebagai pendekatan yang lebih berkesan untuk mengatasi isu buli di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Foto: Facebook Mejar Jeneral Datuk Khlir Mohd Nor

Menurut laporan Sinar Harian, beliau menyatakan bahawa pihak pengurusan mempunyai akses untuk melakukan pemeriksaan pada bila-bila masa dalam tempoh 24 jam.

Bekas Ketua Perisikan Tentera Darat itu menolak cadangan panggilan nama atau roll call yang dicadangkan oleh Menteri Pertahanan, kerana kadet sudah biasa dengan waktu kehadiran warden.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, kejadian buli kerap berlaku di dalam bilik dan pemeriksaan mengejut pada waktu yang tidak diduga dapat mengelakkan insiden tersebut.

“Kaedah roll call ini tidak sesuai untuk kadet-kadet ini kerana mereka masih lagi pelatih. Kejadian buli biasanya berlaku di dalam bilik dan jika dilakukan pemeriksaan mengejut tanpa mengira masa pasti kejadian buli dapat dielakkan
“Selain itu, kalau saya jadi komandan, saya juga akan lantik ‘ejen’ dalam kalangan kadet-kadet ini untuk menjadi mata dan telinga bagi memerhati keadaan pelatih-pelatih sepanjang masa,” katanya.

Foto: Laman rasmi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang dilaporkan tindakan membuat panggilan nama atau roll call lebih kerap bagi mengelak insiden buli di ALK UPNM.

Khlir menjelaskan pemeriksaan mengejut perlu dilakukan pada waktu yang tidak diketahui oleh kadet-kadet tersebut dan kaedah ini perlu diberikan perhatian oleh pihak pengurusan UPNM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd