Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Skuad Hoki Wanita Negara Tunjuk Taring, Tundukkan Oman 12-1

Skuad Hoki Wanita Negara menunjukkan taring  pada aksi kedua Pool A, Kejohanan Piala Asia Hoki di Chonburi, Thailand dengan membenam pasukan lawan dari Oman sebanyak 12-1.

Menerusi laporan Malaysian Hockey Confederation, kapten pasukan, Raja Norsharina Raja Shahbuddin telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan di atas kejayaannya mencipta jaringan hatrik pada Isnin.

Foto: FB MHC

Difahamkan, selain menjaringkan 37 gol serta bolos satu gol, skuad negara kini berjaya berada di kedudukan teratas kumpulan dengan enam mata keseluruhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Siti Nur Arfah Mohd Nor berjaya menempatkan dirinya di kelompok teratas penjaring gol terbanyak dengan jaringan sembilan gol secara keseluruhan.

Foto: FB MHC

Walau bagaimanapun, Ketua Jurulatih Skuad Hoki Dalam Dewan Wanita Kebangsaan iaitu Mohd Rodzhanizam Mat Radzi berpendapat bahawa aksi anak-anak buahnya dalam perlawanan menentang Oman masih belum cukup memuaskan meskipun telah memperolehi kemenangan sebanyak dua kali berturut-turut.

“Pemain telah bermain dengan baik dan meraih kemenangan yang cukup penting. Namun kami barisan kejurulatihan masih tidak berpuas hati dengan corak permainan yang telah dipersembahkan dan pemain perlu memperbaiki corak permainan yang kami tetapkan selain bersedia sepenuhnya untuk perlawanan esok.
“Dua kemenangan berturut-turut juga jaringan yang besar merupakan satu keputusan yang cukup positif untuk kami,” katanya pada Isnin.

Selain daripada corak permainan yang dianggap masih perlu diperbaiki, Mohd Rodzhanizam mengungkapkan bahawa skuad negara telah terlepas banyak peluang untuk menghasilkan lebih banyak jaringan.

Foto: FB MHC

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami melepaskan banyak peluang menjaringkan gol pada perlawanan petang ini. Pemain perlu memperbaiki dari segi jaringan dan juga pukulan sudut penalti. Jaringan adalah penting untuk setiap perlawanan.
“Esok kami akan bertemu dengan Kazakhstan. Satu pasukan yang kuat dan mempunyai pengalaman beraksi di Piala Dunia. Kami akan melihat dan melakukan video analisis untuk meneliti bagaimana corak permainan pasukan Kazakhsatan, supaya kami bersedia untuk perlawanan esok,” ujarnya.

Sekadar info, skuad hoki wanita bakal bertemu Kazakhstan untuk aksi ketiga pada pukul 12.15 tengah hari ini sebelum turun pada aksi terakhir kumpulan menentang Iran pada pukul 6.30 petang waktu Malaysia.

Sumber: Malaysian Hockey Confederation

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Lokal

Krisis melibatkan institusi adat di Negeri Sembilan dilihat terus memuncak apabila kediaman rasmi serta Balai Undang Luak Rembau diarahkan dikosongkan berkuat kuasa serta-merta. Tular...

Dunia

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia merangkap pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd