Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Simbah Air Panas Pada Pemuda OKU, Wanita Dipenjara 10 Tahun

Wanita yang menyimbah air pada pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU) Jumaat lalu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun.

Memetik laporan Kosmo! Online, Hakim Mahkamah Sesyen Balik Pulau, Ahzal Fariz Ahmad telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda sebanyak RM6,000 kepada Oo Saw Kee atas pertuduhan menyimbah air panas ke arah mangsa.

Foto: Kosmo! Online

Setelah menyelidik fakta kes, pihak mahkamah menyimpulkan perbuatan Kee boleh disifatkan sebagai sesuatu yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo! Online

“Mahkamah berkongsi sentimen dengan masyarakat bahawa ia satu perbuatan kejam, tambahan pula tidak ada provokasi daripada mangsa. Mahkamah mengambil kira kepentingan awam melebihi tertuduh,” katanya hari ini.

Ahzal turut menjelaskan bahawa hukuman yang diberikan kepada tertuduh bertujuan untuk kesedaran masyarakat agar tidak mengulangi tindakan sedemikian rupa terhadap golongan OKU.

“Oleh itu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000 terhadap tertuduh, jika gagal membayar denda tertuduh dikenakan hukuman penjara 12 bulan,” ujarnya.

Difahamkan, sekiranya bayaran denda tidak dapat dilunaskan oleh tertuduh, dia akan dikenakan hukuman penjara selama 12 bulan.

Foto: Sinar Harian

Terdahulu, wanita berusia 39 tahun itu telah didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas A. Solairaj dengan menyimbah air panas ketika berada dalam lif di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas.

Justeru itu, Seksyen 326 Kanun Keseksaan digunakan dalam pendakwaan terhadap Kee atas kesalahan tersebut sekali gus memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun penjara, denda atau sebatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Siti Kamilah Mustapha)

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd