Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Siapa Sangka, Atlet Mobile Legends Negara Rupanya Seorang Hafizah Al-Quran

Siapa sangka, atlet sukan elektronik (e-sukan) Mobile Legends yang bernama Sharifah Alia Husna Syed Fakrurrozi atau lebih mesra disapa Aria sebenarnya seorang hafizah al-Quran 30 juzuk pada usia 14 tahun.

Menurut laporan Harian Metro, selain mempunyai pencapaian memenangi  pingat gangsa acara Mobile Legends Wanita pada Sukan Sea Phnom Penh Kemboja 2023, dia juga memperolehi CGPA GPA 4.0 selama lima semester berturut-turut sebagai seorang pelajar Diploma Pengajian Perniagaan Kolej Professional Mara Beranang.

Difahamkan, Aria merupakan bekas pelajar Maahad Tahfiz Alquran Sri Al Amin Bangi mengikuti jejak abangnya yang juga bermain Mobile Legends sewaktu usia 16 tahun.

Bagaimanapun, sebaik sahaja dia menghidu bakat yang terpendam, keluarga mulai menyokong minatnya dan telah menyertai pelbagai kejohanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada mulanya memang takut tapi saya jenis yang suka meneroka perkara baru dan saya mula melibatkan diri dengan menyertai pelbagai kejoahanan.
“Selepas beberapa kali masuk kejohanan, saya rasa macam seronok kalau boleh memang setiap minggu nak pergi masuk pertandingan walaupun kalah awal sbb kita nak cari pengalaman,” katanya.

Tambahnya lagi, melibatkan diri dalam sukan e-sports adalah tidak salah salah sama sekali buat generasi muda kerana ia boleh mendatangkan manfaat. Baginya, pembahagian masa adalah penting bagi seseorang supaya  memberikan impak-impak yang positif.

“Pada pendapat saya, walaupun kita beragama tak semestinya kita boleh pandang rendah pada esports. Sebenarnya banyak manfaat bila kita bermain permainan elektronik seperti meningkatkan fokus, pengendalian masa, critical thinking, dan boleh jadi lebih disiplin.
“Sudah pasti setiap perkara ada kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Selagi kita berjaya seimbangkan agama dan bermain game, saya rasa ia tidak menjadi masalah besar selagi kita masih ingat akan Allah dan laksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Islam,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, besar harapan Aria untuk generasi muda terutamanya golongan wanita menceburi bidang e-sports dmei memajukan negara.

 

Sumber: Harian Metro (Zulkarnain Azman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami yang kehilangan isteri pada tahun 2024 berkongsi rutin hariannya yang tetap setia menziarahi pusara arwah, malah mengakui masih sukar menerima pemergian insan...

Sosial

Peguam, Kamal Hisham Ja’afar tampil menjelaskan kedudukan sebenar penglibatannya dalam kes Rosmaini Raof yang kembali menjadi perhatian umum, selain menegaskan bahawa keputusan mahkamah adalah...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV diumumkan sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, sekali gus memastikan rakyat dapat menikmati liputan...

Sosial

Seorang penunggang p-hailing, Azim Haikal Noor Aziddin dilaporkan maut selepas dirempuh sebuah Proton X70 di Jalan 17/21, Petaling Jaya, Selasa, ketika sedang bekerja mencari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd