Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Seorang Maut Manakala 13 Cedera Dalam Insiden Letupan Bom Narathiwat

Seorang maut dan 13 termasuk seorang anggota polis cedera dalam dua letupan bom di Daerah Jok Irong dan Sukhirin di Narathiwat, selatan Thailand, pagi tadi.

Menerusi laporan Harian Metro, perkara itu diberitahu dan disahkan sendiri oleh Ketua Polis Region 9, Mej. Jen. Pol. Piyawat Chalermsi.

Beliau berkata, kejadian letupan bom pertama telah berlaku pada 7.20 pagi, yang mana anggota sukarelawan pertahanan yang bertugas mengawal keselamatan jalan-jalan di Jok Irong telah menjadi sasaran.

Foto sekadar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam kejadian pertama dan mereka telah dibawa ke Hospital Jok Irong untuk menerima rawatan kecemasan.
“Siasatan awal polis di tempat kejadian, polis telah menemui serpihan bom yang di pasang dalam tong gas di tepi jalan,” katanya dalam kenyataan di Narathiwat hari ini.

Sementara itu, manakala dalam kejadian letupan kedua, Piyawat menjelaskan bom yang di pasang di tepi jalan Kampung Air Jambu Daerah Sukhirin meletup pada pukul 8.10 pagi tadi dan menyebabkan tujuh anggota sukarelawan pertahanan cedera.

Foto sekadar hiasan

“Tujuh anggota yang cedera telah dihantar ke Hospital Sukhirin untuk menerima rawatan manakala seorang anggota sukarelawan pertahanan yang berusia 41 tahun telah meninggal dunia pada tengah hari tadi di hospital.
seorang anggota polis daripada unit pemusnah bom yang sedang membuat siasatan kes itu turut cedera parah selepas terpijak bom yang ditanam di tepi jalan di Sukhirin,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, bagi anggota yang cedera parah di bahagian kaki, terpaksa dipindah dari Hospital Sukhirin ke Hospital Songkhla Nakharin di Hatyai dengan menggunakan helikopter untuk menerima rawatan.

Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada mana-mana kumpulan yang mengakui bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd