Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sentuh Isu Perkauman & Hina Islam, Guang Yik Bakal Terima Tindakan Dari BAM

Bekas pemain badminton pelapis negara, Bong Guang Yik yang kini merupakan jurulatih untuk pasukan di negara China telah membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu apabila mengeluarkan kenyataan bersifat rasis baru-baru ini.

Lepas kutuk minta maaf pula

Menerusi perkongsian semula yang dibuat oleh pengguna Twitter dikenali sebagai @AhBoyBadminton, Guang Yik telah memohon maaf dan mengatakan kritikan yang dibuat adalah disebabkan rasa cinta terhadap negara Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, memetik laporan dari Harian Metro,  Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengambil tindakan dengan menghantar surat kepada  Persatuan Badminton China (CBA) berkenaan jurulatih yang berpengkalan di negara tersebut.

Tak layak sebagai jurulatih

Pihak BAM menganggap Guang Yik tidak layak menyandang gelaran jurulatih dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mengeluarkan komen perkauman serta menyentuh sensitiviti agama.

“Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengecam komen perkauman jijik yang disiarkan seorang warga Malaysia yang menetap di China. Warganegara Malaysia ini yang nampaknya sedang berlatih di China menyiarkan video itu di TikTok.
BAM benar-benar terkejut dan akan meneruskan isu ini termasuk menghantar aduan rasmi kepada Persatuan Badminton China (CBA).
“Persatuan mengutuk sekeras-kerasnya segala bentuk diskriminasi dan akan menggesa CBA mengambil tindakan yang perlu terhadap individu ini.
Orang rasis seperti itu tidak boleh diupah untuk bekerja sebagai jurulatih dalam sukan yang sangat digemari berjuta-juta orang dari semua kaum dan agama.
“BAM dan semua ahli gabungan kami tidak akan menerima orang seperti itu untuk terlibat dalam badminton di Malaysia,”katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, bekas pemain badminton negara itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa pengurusan BAM menjadi teruk disebabkan orang-orang Melayu yang dikatakan tidak berniat untuk menguruskan persatuan tersebut.

Dia juga menyentuh perihal ibadah umat Islam dan meminta agar pengurusan BAM ditukar kepada orang Cina jika tidak mahu melihat prestasi pemain-pemain negara terus merundum.

Sumber: Twitter AhBoyBadminton, Harian Metro (Zulkarnain Azman)

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd