Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sengaja Tayang ‘Baby Bump’, Rihanna Sudah Mengandung Anak Kedua

Penyanyi popular, Rihanna dikhabarkan sudah hamil anak kedua meskipun masih belum cukup setahun selepas melahirkan anak pertamanya pada Mei tahun lalu.

Menerusi laporan Hollywood Reporter, perkara tersebut telah disahkan oleh wakil penyanyi tersebut ketika penampilan Rihanna di acara Super Bowl pada Isnin sehingga berjaya mencuri tumpuan ramai.

Bukan itu sahaja, pada persembahan di majlis tersebut, penyanyi yang berusia 34 tahun itu telah menyanyikan lagu-lagu hit seperti We Found Love, Where Have You Been dan Diamonds.

Malah, dia yang tampil dengan pakaian ketat berwarna merah sehingga menampakkan bahagian perutnya yang agak ‘buncit’ seolah-olah mahu memberitahu kepada umum mengenai berita kehamilannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Rihanna menjelaskan dia teragak-agak untuk menerima tawaran untuk membuat persembahan di acara besar tersebut memandangkan keadaan dirinya pada ketika itu.

“Super Bowl adalah satu pentas besar. Bagi saya sesuatu yang penting apabila anak saya melihat persembahan ini nanti.
“Memilih senarai lagi adalah cabaran terbesar. Sukar untuk buat keputusan memaksimumkan tempoh 13 minit yang diberi,” katanya.

Sekadar info, Rihanna telah melahirkan anak pertamanya pada Mei tahun lalu dan selepas tujuh bulan bersalin, Rihanna menunjukkan wajah bayinya kepada umum.

Sumber: @Hollywood Reporter

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Malaysia bakal merintis perkhidmatan feri penumpang elektrik sepenuhnya yang pertama beroperasi secara komersial merentasi laut terbuka menerusi Projek Feri Elektrik Langkawi, yang dirancang menghubungkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd