Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Semai Semangat Patriotik, Pelajar Orang Asli Teruja Tonton Filem Takluk: Lahad Datu

Seramai 165 pelajar Orang Asli dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawong, Sungai Siput teruja tonton filem terbaharu ‘Takluk: Lahad Datu’.

Memetik laporan Harian Metro, guru subjek Sejarah sekolah itu, Muhamad Mundzir M Khalid berkata sebanyak empat bas membawa semua pelajar yang menetap di asrama untuk menonton filem berkisarkan pengorbanan perwira negara mempertahankan tanah air itu.

Pelajar Orang Asli teruja tonton Takluk: Lahad Datu

Pelajar Orang Asli Teruja Tonton Takluk: Lahad Datu

Foto: Harian Metro

Dalam pada itu, para pelajar itu juga telah diiringi oleh 40 guru untuk menyaksikan tayangan filem tersebut di sebuah pawagam di Ipoh pada Khamis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata Muhamad Mundzir, program tersebut diadakan bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan pelajar khususnya semangat dan pengorbanan pejuan negara bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Artikel lain: Polis Tahan Lelaki Warga Asing Ganggu Pemandu Wanita – “Suspek Cuma Nak Cari Bini Dia”

“Kita dedahkan kepada pelajar tentang semangat dan pengorbanan khususnya dalam kalangan pejuang kemerdekaan yang menonjolkan wira mempertahankan kedaulatan negara.
“Tahun lalu, kita bawa pelajar ke pawagam bagi menonton filem Malbatt: Misi Bakara yang juga berkisar mengenai perjuangan perwira negara untuk menyemarakkan semangat cintakan tanah air,” katanya.

Tambahnya, program itu juga merupakan sebahagian daripada aktiviti dalam sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah yang bermula pada awal bulan lalu.

Pelajar Orang Asli Teruja Tonton Takluk: Lahad Datu

Dalam pada itu, Muhamad Mundzir juga berkata pihak sekolahnya turut menganjurkan pertandingan nyanyian lagu patriotik, gubahan tanjak dan pertandingan seni kolaj bertema kemerdekaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri)

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd