Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Selepas Tiga Tahun, Ong Kim Swee Tinggalkan Sabah FC

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan keputusannya untuk tidak meneruskan kontrak selepas tiga tahun memimpin kelab tersebut.

Foto: Facebook Sabah Football Club

Dalam kenyataan rasminya hari ini, beliau menyatakan rasa syukur yang mendalam kerana diberi peluang memimpin kelab bola sepak yang hebat itu.

Perlawanan terakhir Sabah FC menentang PT Athletic dalam saingan Unifi Piala Malaysia pada 23 November ini, menandakan penutup kepada tempoh perkhidmatannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ucapan terima kasih turut disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA) Datuk Shahelmey Yahya, serta pihak pengurusan tertinggi Sabah FC atas kepercayaan dan sokongan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Foto: Facebook Sabah Football Club

Pada masa sama, beliau turut memuji para pemain atas komitmen dan profesionalisme yang ditunjukkan, baik di dalam mahupun di luar padang. Penghargaan khas turut diungkapkan kepada pegawai sokongan yang telah memberikan usaha tanpa henti di sebalik tabir.

“Kepada pegawai sokongan, penghargaan yang tinggi saya berikan atas usaha tanpa henti daan komitmen anda di belakang tabir. Kepakaran dan semangat anda adalah tunjang kepada segala pencapaian kita selama ini,” ujarnya.

Walaupun tidak lagi memimpin Sabah FC, beliau menegaskan akan terus menjadi penyokong setia dan berharap kelab dapat terus maju dan berjaya pada masa hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X OKS

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd