Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Selangor FC Minta Tunda Bukan Tarik Diri, Tapi MFL Ego – Kelab Penyokong

Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC) menganggap Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bersikap ego memandangkan Selangor FC (SFC) hanya meminta untuk menunda Piala Sumbangsih, bukan menarik diri.

Memetik laporan Sinar Harian, presidannya Mohd Faizal Wahid berkata, permintaan pasukan SFC untuk menunda tarikh perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) ini adalah kerana faktor keselamatan yang turut melibatkan pengurusan sukan, pemain dan penyokong.

Foto: IG Mohd Faizal 

“Selangor FC minta tunda bukan mahu tarik diri, tapi MFL bertindak ego dan tidak memberikan penundaan. MFL patut benarkan perlawanan penundaan dan cari tarikh yang sesuai.
“Saya menyokong tindakan kelab demi keselamatan semua pihak,” katanya kepada media pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Faizal berkata, insiden simbah asid ke atas tonggak utama SFC, Faisal Halim serta ugutan yang diterima menjadi faktor utama kelab pasukan ini memohon penundaan tarikh kepada MFL.

Namun begitu, permohonan tersebut telah ditolak oleh MFL sehingga menyebabkan skuad Gergasi Merah ini terpaksa menarik diri dengan mengambil kira insiden dan ancaman yang melibatkan pemain dan pegawainya yang berlaku dalam tempoh 72 jam sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Makanbola

Tambahnya lagi, memandangkan insiden sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini, MFL seharusnya bersikap lebih prihatin terhadap kejadian yang berlaku kepada penyerang Harimau Malaya itu.

“MFL wajib prihatin dengan isi kemanusiaan bukan semata-mata mengejar penajaan kerana nilai solidariti perlu menjadi keutamaan,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Syahir Kassim)

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd