Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Selangor FC Akan Failkan Rayuan Kepada MFL Selepas Hukuman Dikurangkan

Kelab Bola Sepak Selangor atau Selangor Football Club (Selangor FC) akan menfailkan rayuan kepada Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) berhubung hukuman yang dikenakan ke atasnya akibat ketidakhadiran ke Perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei lalu.

Menerusi satu kenyataan, Selangor FC melaporkan bahawa pihaknya belum pernah memfailkan sebarang rayuan kepada MFL sebelum ini dan akan membuat permohonan rayuan tersebut berdasarkan kepada keputusan yang telah dikeluarkan oleh MFL semalam.

Foto: FB Selangor FC

“Pihak kelab akan menfailkan rayuan berdasarkan keputusan yang telah dipertimbangkan semula oleh MFL berlandaskan peraturan-peraturan berkaitan,” katanya.

Sebelum itu, MFL mengumumkan telah menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat ke atas Selangor FC pada 24 Jun, susulan ketidakhadiran kelab tersebut ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pertimbangan semula ini dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Foto: MFL

MFL berkata, keputusan-keputusan yang telah dibincangkan tersebut termasuklah mengurangkan jumlah denda daripada RM100 ribu ke RM60 ribu manakala ⁠bayaran pampasan kerugian yang ditanggung MFL dan pasukan tuan rumah, JDT bagaimanapun akan dikekalkan.

“Selain itu, pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 dibatalkan dan larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dibatalkan,” tambahnya lagi.

MFL turut menegaskan berkenaan tempoh membuat rayuan tersebut adalah selama tiga hari daripada tarikh kenyataan itu dikeluarkan mengikut aturan yang termaktub dalam Aturan 4, Kaedah 3, Kaedah-kaedah Badan Penguatkuasa Peraturan, Manual Liga Malaysia.

Foto: Google

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa kecewanya terhadap keputusan empat hukuman yang dikenakan MFL kepada Red Giants sebelum ini yang dianggap tidak berperikemanusiaan serta boleh merosakkan semangat bola sepak para pemain dan penggemar sukan tersebut.

Sumber: Facebook Selangor FC, MFL

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd