Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Selamat Tinggal Arena Badminton, Peng Soon-Yee See Umum ‘Gantung Raket’

Pasukan beregu badminton negara, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See membuat keputusan untuk bersara selepas menikmati aksi terakhir di kejohanan Badminton Malaysia Masters, pada Rabu.

Memetik laporan Kosmo! Online, pasangan nombor 40 dunia ini telah mengakhiri perlawanan dengan nasib yang kurang baik  setelah tewas 10-21, 6-21 ketika menentang beregu China iaitu Cheng Xing Li dan Li Qian.

Foto: Kosmo! Online

Walau bagaimanapun, Peng Soon berkata, meskipun berasa sebak dan tidak tenang namun dia hanya ingin menikmati perlawanan di hadapan peminat sekali gus mengenepikan keputusan yang bakal diterima pada malam itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita jangan cakap mengenai perlawanan kerana saya memang rasa tidak selesa. Terasa seperti mahu menangis tetapi saya tahan sahaja memandangkan hati memang tidak tenang hari ini.
“Saya teringat semula bagaimana saya mula-mula menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak berusia 18 tahun dengan enam bulan pertama tidak ada gaji kerana masih dalam tempoh percubaan.
“Ketika itu, ada tanya diri sendiri sama ada saya memiliki masa depan ataupun tidak. Saya ingin berpesan kepada orang muda bahawa tidak ada jalan pintas jika mahu menjadi pemain berkelas dunia,” katanya.

Tambahnya, kejayaan yang dicipta bersama Goh Liu Ying dengan meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016 sekali gus menjadikan ia sebagai kenangan termanis sepanjang karier dan membuatkan pemain berusia 36 tahun ini tidak menyesal memilih sukan badminton sebagai kerjayanya.

Foto: Badminton Photo Jhanesh Salian

“Tidak pernah kesal dengan keputusan memilih badminton sebagai kerjaya. Sebenarnya, ia bukan berdasarkan aksi dalam gelanggang semata-mata kerana saya juga dapat belajar budaya negara lain ketika beraksi di luar negara.
“Sudah pasti kejayaan merangkul pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016 akan menjadi kenangan paling manis dalam karier sejak bergelar pemain badminton negara,” ujarnya.

Sekadar info, Peng Soon dan Yee See muncul bersama buat kali pertama sebagai pasangan beregu pada tahun 2017 dan mereka juga pernah memenangi pelbagai kejohanan seperti Grand Prix (GP) Terbuka Rusia 2017 serta KL Masters, Disember tahun lalu.

Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Helmee Ramli)

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd