Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Saya Akan Block WhatsApp Isteri Sewaktu Kami Sedang Bergaduh – Raffi Ahmad

Aktor terkenal Indonesia, Raffi Ahmad mendedahkan dia sering menyekat akaun (block) aplikasi WhatsApp isterinya, Nagita Slavina setiap kali mereka berdua bertengkar.

Katanya, ia merupakan salah satu tips untuk mengelakkan berlakunya bergaduhan yang lebih besar dalam rumah tangga mereka berdua.

Raffi dan isteri yang hadir bersama dalam segmen bual bicara program Sweet Daddy mengakui hubungan mereka berdua tidaklah terlihat romantis sentiasa seperti mana pengikut melihat di media sosial.

Adakalanya mereka berdua pasti akan bertengkar seperti suami isteri yang lain, namun mempunyai cara tersendiri untuk elakkan berlakunya pergaduhan besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekiranya berlaku salah faham atau pergaduhan, Raffi sendiri akan bertindak menyekat WhatsApp isterinya bagi mengelakkan hatinya bertambah membara.

Tindakan itu dibuat kerana Nagita sering meluahkan kemarahannya menerusi WhatsaApp dan kenyataan itu diakui sendiri oleh isterinya yang juga seorang selebriti.

“Ya, saya suka kalau bergaduh tulis panjang-panjang dalam WhatsApp. Tapi, selalunya dia tidak balas,”ujar Nagita.

Jelas aktor yang popular dengan sinetron Olivia, dia mahu menyelesaikan masalah itu secara bersemuka dan bukannya menerusi telefon bimbit.

“Saya banyak kerja di luar, ada penggambaran dan dia hanya duduk di rumah. Saya ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan.
“Kalau balas dalam WhatsApp, itu hanya mengeruhkan keadaan. Tunggu sahaja balik rumah, baru selesaikan,”ujar aktor berusia 35 tahun itu.

Sekadar info, Raffi dan Nigita mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 serta mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rafathar Malik Ahmad, 7, dan Rayyanza Malik Ahmad, 11 bulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Youtube Trans TV Official 

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd