Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Persekutuan Akan Mulakan Rundingan Pertama Isnin Ini Berhubung Isu 40% Hasil Sabah

Kerajaan Persekutuan akan memulakan rundingan pertama dengan Kerajaan Sabah pada Isnin ini berhubung tuntutan hak 40 peratus hasil bersih yang diperoleh dari negeri tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Rundingan pertama

Rundingan pertama

Artikel lain: Tanda Penghargaan, Penjawat Awam Johor Terima Bonus 2 Bulan Gaji Disember Ini

Menurutnya, rundingan akan bermula dengan sesi perbincangan di peringkat pegawai yang diketuai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, serta Setiausaha Kerajaan Sabah, Datuk Seri Safar Utong.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini diputuskan bahawa sesegera mungkin perbincangan diadakan dengan kerajaan Sabah di peringkat pegawai kerana kita tahu di Sabah sekarang Ketua Menteri pun ‘caretaker’, jadi dimulakan segera proses perbincangan itu di antara peringkat pegawai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah.
“Mesyuarat yang pertama di peringkat pegawai di antara wakil Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah akan diadakan di Sabah, di Menara Kinabalu, pusat pentadbiran Kerajaan Sabah,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Subsidi gas memasak tak dimansuh

Sumber: Harian Metro (Mohd Iskandar Ibrahim)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Lokal

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika mengikuti latihan rugbi di sebuah sekolah menengah di Telok Mas, petang tadi....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd